|
Menurut Agensi Berita Xinhua China, Kementerian Industri Teknologi Maklumat dan Telekom China memaklumkan statistik terkini hari ini bahawa jumlah pengguna telefon dan internet bertambah banyak di China.

Statistik tersebut menunjukkan bahawa pada masa ini, jumlah pengguna telefon mencapai 650 juta.

Selain itu, dianggarkan bahawa jumlah pengguna internet akan mencapai 120 juta di China iaitu meningkat 8 juta orang berbanding tahun lalu.

|