Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-03-01 14:28:29    
"Ops Tegas" Terhadap Pendatang Asing Tanpa Izin Dilancarkan di Malaysia

CRI
Menurut berita BERNAMA, operasi pertama "Ops Tegas" terhadap pendatang asing tanpa izin telah dilancarkan secara besar-besaran di Malaysia mulai Selasa.

Pendatang yang masih belum pulang selepas diberi peluang di bawah program pengampunan yang bermula pada 29 Oktober tahun lepas dan tamat pada 28 Februari ini akan diburu dalam "Ops Tegas" itu. Setiap pendatang yang diberkas di bawah "Ops Tegas" akan diharamkan terus daripada memasuki Malaysia, termasuk sebagai pelancong.

Dilaporkan, seramai 62 warga asing termasuk enam wanita ditahan semasa pemeriksaan terhadap 270 warga asing di sebuah tapak pembinaan di Cheras, Kuala Lumpur awal pagi ini.

Gerakan menjejaki pendatang tanpa izin itu dilancarkan secara bersepadu di Kuala Lumpur melibatkan lebih 500 anggota RELA, Polis, Jabatan Imigresen dan Rukun Tetangga.

Sebanyak 10 lori dan enam bas digunakan oleh pasukan penguatkuasa dalam gerakan itu berikutan berakhirnya tempoh pengampunan Isnin lalu.

Pasukan itu bergerak keluar secara konvoi dari Ibu Pejabat RELA di Kampung Baru pada kira-kira pukul 1 pagi dan operasi berakhir pada kira-kira pukul 3.30 pagi.