Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-03-01 14:29:52    
Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Kanan Singapura Bertemu Sambung Rundingan

CRI
Menteri Kanan Singapura Goh Chok Tong akan menemui Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini di Putrajaya bagi menyambung perbincangan dua hala dengan lebih terperinci.

Pertemuan hari ini merupakan yang kedua setelah mereka pertama kali bertemu di Putrajaya pada 13 Disember lalu.

Kementerian Hal-Ehwal Luar Singapura dalam kenyataan semalam berkata, Goh Chok Tong dan Abdullah bersetuju untuk bertemu sekali lagi dalam tempoh dua bulan bagi menyambung perbincangan isu dua hala dengan lebih terperinci.

Goh Chok Tong ditugaskan oleh Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong untuk mewakili Singapura dalam rundingan dengan Malaysia tentang isu-isu dua hala yang belum selesai.

Isu-isu itu termasuk bekalan air kepada Singapura dan kemudahan kastam, imigresen dan kuarantin.