Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-03-02 11:24:32    
Usahawan Malaysia Gu Runjin

Agensi Berita China

Usahawan Malaysia Gu Runjin mengelokakan syarikatnya di China berdasarkan konsep "mendapat keuntungan dan memberi kebajikan kepada masyarakat", beliau telah mencapai kejayaan. Syarikat beliau yang ditubuhkan di kota Zhongshan, provinsi Guangdong di selatan Chinapada 10 tahun yang lalu baru-baru ini telah menukar nama syarikatnya sebagai Syarikat Wan Mei Barangan Penggunan Harian China Berhad dengan pengesahan Kementerian Perdagangan China.

Encik Gu Runjin ialah pengerusi lembaga pengarah Syarikat Wan Mei, keluarganya berasal dari kota Zhongshan, provinsi Guangdong. Pada tahun 2002, beliau dianugerahkan sebagai Datuk di Malaysia. Pada tahun 1994, encik Gu Runjin kembali ke kota Zhongshan dan menubuhkan Syarikat Wan Mei Barangan Penggunan Harian Kota Zhongshan Berhad.

Syarikat Wan Mei Barangan Penggunan Harian China Berhad merupakan perusahaan besar yang menjalankan penyelidikan sains, penerokaan, pengeluaran, penjualan dan perkhidmatan. Jaringan penjualan dan perkhidmatannya telah meliputi semua provinsi, kota dan wilayah autonomi etnik minoriti di Tanah Besar China, barang pengeluaran syarikat itu sedang meneroka pasaran Asia dan Eropah. Pada tahun 2004, jumlah penjualan Syarikat Wan Mei mencatat lebih 5 bilion yuan RMB. Encik Gu Runjin menganggap, mendapat lebih banyak wang bermakna lebih beruntung, beliau meuntut sendiri bekerja dengan lebih bersungguh-sungguh dan menderma lebih banyak wang kepada masyarakat.

Pada 10 tahun yang lalu, Syarikat Wan Mei menyertai dengan aktif menderma darah dan menanam pokok di pelbagai tempat China, serentak itu mereka juga menderma wang sebanyak 60 juta yuan RMB dalam lebih 180 projek kebajikan masyarakat yang melibatkan pendidikan, menyelamat rakyat di kawasan bencana, sukan, kesihatan, kebudayaan dan lain-lain. Dalam satu upacara pendermaan yang diadakan di Dewan Besar Rakyat Beijing pada tahun 2004 beliau menyatakan akan menderma wang untuk membina seratus buah sekolah rendah di kawasan miskin China. Sampai sekarang syarikat itu sudah menderma wang untuk membina 16 buah sekolah rendah di seluruh China. Tabung Belia dan Kanak-kanak China telah memberi anugerah "sumbangan projek harapan".

Pada September tahun 2004, kilang Syarikat Wan Mei Barangan Penggunaan Harian Yangzhou Berhad telah mulai dibina di Taman Industri Hanjiang, bandar Yangzhou, provinsi Jiangsu. Syarikat Wan Mei akan meluaskan pengelolaannya di Tanah Besar China dan bermatlamat berkembang menjadi salah satu perusahaan yang disenaraikan dalam "Fortune 500" di dunia.