Menurut Harian Renminribao China, Pengerusi Persekutuan Industri dan Perdagangan Seluruh China Huang Mengfu memaklumkan di Beijing semalam bahawa Dewan Negara China baru-baru ini telah menetapkan dasar yang menggalakkan dan menyokong perniagaan sektor swasta berkembang, ini bermakna penting bagi perkembangan perniagaan sektor swasta di China berkembang maju.

Huang Mengfu menjelaskan, dasar tersebut menetapkan bahawa pada masa yang akan datang, China akan terus melonggarkan sekatan terhadap perniagaan sektor swasta memasarkan produk dan perkhidmatan mereka di pasaran, meningkatkan sokongan kewangan dan kadar cukai yang lebih rasional kepada sektor swasta dan melindungi hak dan kepentingan perusahaan dan pekerja swasta yang sah.

|