Menurut Agensi Berita Xinhua China, Setiausaha Luar Filipina Alberto G. Romulo hari ini di Beijing berkata, China merupakan enjin pembangunan dan integrasi rantau Asia-Pasifik.
Semasa menyampaikan ucapan di Akademi Sains Sosial China, Alberto G. Romulo berkata, sejak tahun 1979, ekonomi China berkembang dengan kadar pertumbuhan purata 9% setiap tahun. Selain itu, China memainkan peranan yang semakin penting dalam hal ehwal serantau dan antarabangsa. Filipina mengalu-alukan kemajuan tersebut.
Tambah beliau, Filipina berpendapat bahawa isu Taiwan merupakan urusan dalam negeri China dan Filipina menghargai usaha kerajaan China mewujudkan penyatuan semula tanah air secara damai.
|