Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-03-04 15:42:30    
China akan Tingkatkan Kemampuan Bekalan Tenaga Elektrik

CRI
Menurut berita CRI, Perbadanan Nasional Jaringan Bekalan Elektrik China memaklumkan hari ini bahawa China akan membina jaringan bekalan elektrik yang menghubungkan pelbagai kawasan menggunakan teknologi tinggi, beransur-ansur meningkatkan kemampuan membekalkan tenaga elektrik agar dapat memenuhi permintaan masyarakat dan pembangunan ekonomi nasional yang semakin meningkat.

Pada beberapa tahun kebelakangan ini, seiring dengan ekonomi China berkembang pesat, permintaan terhadap bekalan tenaga elektrik telah meningkat.

Jabatan kerajaan berkenaan berpendapat bahawa meningkatkan pembinaan jaringan bekalan tenaga elektrik dan keupayaan membekalkan tenaga elektrik dari kawasan ke kawasan merupakan cara yang berkesan untuk mengatasi masalah kekurangan bekalan elektrik yang berlaku sekarang.