Menurut berita CRI, Kapal Angkasa Lepas Shenzhou VI iaitu kapal angkasa lepas pembawa angkasawan kedua di China telah selesai dibina dan dijangka akan dilancarkan pada musim gugur tahun ini.
Ketua Perancangnya Qi Faren memaklumkan, Kapal Angkasa Lepas Shenzhou VI akan membawa dua orang angkasawan dan menjalankan penerbangan selama 5 hari di angkasa.
Rancangan melancarkan Shenzhou VI sedang dilaksanakn dengan lancar dan angkasawan yang akan menyertai pemilihan terakhir mulai mengikuti latihan.
|