Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-03-06 15:59:08    
China Baiki Kewangan Tahun ini

CRI
Menurut berita CRI, dua laporan yang sedang dibahaskan dalam Sidang ke-3 Kongres Rakyat Kebangsaan ke-10 China menunjukkan bahawa pada tahun ini, kerajaan China akan berusaha memperbaiki kewangan dan terus mengurangkan nisbah difisit kewangan dan jumlah hutang negara Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Kedua-dua laporan tersebut ialah Laporan Rang Rancangan Pembangunan Sosioekonomi Negara 2005 dan Laporan Rang Belanjawan Kewangan.

Dijelaskan dalam kedua-dua laporan tersebut bahawa pada tahun ini, difisit kewangan dalam rancangan kerajaan China akan menduduki 2% KDNK dan jumlah hutang negara 4.7%. Kedua-dua nisbah tersebut telah turun berbanding tahun lalu.