
Wartawan CRI melaporkan, Menteri Landasan Kereta Api China Liu Zhijun semasa menghadiri perbincangan dengan delegasi Tibet dalam Sidang Ke-3 Kongres Rakyat Kebangsaan China Ke-10 berkata, landasan kereta api Qinghai-Tibet akan selesai dibina pada penghujung tahun ini, dan dijangka beroperasi secara rasmi pada 1 Julai tahun 2006.

Liu Zhijun berkata, pembinaan landasan kereta api Qinghai-Tibet akan memainkan peranan penting mendorong perkembangan sosioekonomi dan peningkatan taraf hidup rakyat di sana, mendorong pertukaran ekonomi dan kebudayaan Tibet dengan pelbagai provinsi, wilayah autonomi dan bandar.

Landasan Kereta Api Qinghai-Tibet adalah projek penting membangunkan kawasan bahagian barat China, kos pembangunan projek itu berjumlah 26.2 bilion yuan RMB. Landasan kereta api tersebut sepanjang 1142 kilometer.

|