Rang pindaan "Undang-undang Syarikat" telah diserahkan kepada Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan China untuk dibahaskan bagi kali pertama baru-baru ini. Cadangan dari pelbagai lapisan masyarakat telah diambilkira semasa pindaan undang-undang yang sedia ada itu dibuat, agar undang-undang itu selaras dengan penyempurnaan sistem perusahaan moden dan perkembangan pasaran modal China. Ini bermanfaat bagi meningkatkan pembaharuan terhadap sistem ekonomi dan mendorong pertumbuhan ekonomi pasaran sosialis di China.
"Undang-undang Syarikat" China yang sedia ada itu telah dikuatkuasakan pada bulan Julai 1994. Undang-undang tersebut digubal semasa ekonomi pasaran China baru dilaksanakan, sistem perusahaan moden baru sahaja dibentuk di perusahaan milik negara pada ketika itu dan kebanyakan syarikat China yang ada sekarang ditubuhkan berdasarkan peraturan undang-undang tersebut. Walaupun "Undang-undang Syarikat" telah memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi pasaran sosialis di China, akan tetapi seiring dengan peningkatan pembaharuan sistem ekonomi, kebanyakan masalah yang wujud dalam undang-undang itu juga semakin ketara. Ketua Pengarah Pejabat Perundangan Dewan Negara China encik Cao Kangtai yang bertanggungjawab terhadap pindaan "Undang-undang Syarikat" menyatakan,
"Pengumuman dan pelaksanaan 'Undang-undang Syarikat' bermanfaat bagi peraturan organisasi dan tindakan syarikat, melindungi hak dan kepentingan syarikat yang sah, pemegang saham dan hak pemiutang, mendorong pembaharuan terhadap sistem perusahaan milik negara dan sistem ekonomi China, mendorong pertumbuhan ekonomi pasaran sosialis. Akan tetap undang-undang tersebut tidak selaras dengan situasi terkini di China pada masa ini."
Pada tahun-tahun kebelakangan ini, seruan pelbagai lapisan masyarakat China untuk meminda undang-undang itu semakin tinggi. Encik Cao Kangtai menyatakan,
"Pada tahun lalu, seramai 601 wakil Kongres Rakyat Kebangsaan China dan 13 anggota Majlis Permesyuaratan Politik Rakyat China mengemukakan cadangan dan menuntut supaya 'Undang-undang Syarikat' itu dipinda, jabatan Dewan Negara, kerajaan, perusahaan, pakar dan sarjana di beberapa tempat juga mengemukakan cadangan agar Undang-undang itu dipinda."
Sehubungan dengan itu, banyak peraturan dalam "Undang-undang Syarikat" yang sedia ada dipinda dalam rang pindaan itu. Pindaan tersebut bukan sahaja menyelesaikan masalah yang wujud dalam undang-undang itu seperti struktur kawalan syarikat kurang sempurna dan penyeliaan terhadap syarikat yang disenaraikan di pasaran saham kurang cukup, tetapi juga bermanfaat bagi menyelaraskan undang-undang itu dengan perkembangan pasaran modal di China. Encik Cao Kangtai menyatakan,
"Peraturan dalam "Undang-undang Syarikat" yang sedia ada akan dipinda dan dilengkapkan untuk menyempurnakan sistem perusahaan moden, mendorong perkembangan pasaran modal dan mencegah kehilangan aset milik negara."
Encik Cao Kangtai menambah, mereka juga mengambil kira pengalaman berjaya penggubalan undang-undang luar negara semasa meminda undang-undang itu. Beliau berkata,
"Pegawai Dewan Negara China melaksanakan kajian dan tinjauan terhadap penggubalan undang-undang syarikat luar negara, belajar pengalaman yang berjaya mereka dan mengadakan seminar antarabangsa di bandar Shanghai."
----Ching
|