Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-03-07 11:55:41    
China Tingkatkan Keupayaan Menangani Bencana Alam

CRI

Gelombang besar yang diakibatkan gempa bumi di Lautan Hindi menjejaskan beberapa negara di Asia Tenggara dan Asia Selatan dan mengakibatkan lebih 170 ribu orang mati dan kerugian yang tidak dapat dikira.

Sehubungan dengan itu, kerajaan China sedang mengambil beberapa tindakan untuk meningkatkan keupayaan menangani bencana alam seperti menubuhkan badan penyelarasan bagi mengatasi bencana, membentuk sistem amaran awal menangani bencana alam negara, meningkatkan kesedaran rakyat China tentang isu mengatasi bencana, membentuk pasukan perubatan, penyelamat dan lain-lain.

Membentuk dan memperbaiki pelbagai sistem amaran awal dan tindakan cara menangani bencana, meningkatkan keupayaan kerajaan menghadapi kejadian yang berisiko berlaku secara tiba-tiba, kerajaan China juga telah menetapkan dan meminda pelbagai cadangan untuk menangani kejadian di kawasan awam termasuk bencana alam seperti berlaku pada tahun 2004. Naib Ketua Pengarah Bahagian Penyelamatan Bencana Alam Kementerian Hal Ehwal Awam China, Encik Zou Ming menyatakan, pembangunan "Sistem Amaran Awal Menangani Bencana" telah dilaksanakan di pelbagai tempat di China, cadangan menangani bencana harus dikeluarkan oleh kerajaan pelbagai bandar peringkat kaunti di pesisir sungai utama dan di kawasan yang ada pemantauan gempa bumi dilaksanakan, latihan penyelamat bencana juga harus dilaksanakan. Pada masa ini, cadangan telah diselesaikan dalam pelbagai jabatan Dewan Negara China, dan telah ditetapkan di 31 provinsi, wilayah autonomi, bandar di bawah pentadbiran kerajaan pusat dan bandar, kaunti yang sering berlakunya bencana alam, sehingga sistem amaran awal menangani bencana alam telah dibentuk di China.

Selain itu, Kementerian Hal Ehwal Awam China juga menubuhkan pusat rizab barangan bantuan peringkat negara di 10 bandar seperti Shenyang, Haerbin, Tianjin, Zhengzhou dan lain-lain, gudang rizab barangan bantuan peringat provinsi di 26 provinsi, wilayah autonomi dan bandar untuk memenuhi permintaan penyelamatan semasa berlakunya bencana alam dalam negara dan usaha antikeganasan antarabangsa, selain itu, pusat rizab barangan bantuan tempatan juga ditubuhkan di kawasan dan kaunti yang banyak berlakunya bencana alam. Pada masa ini, bantuan seperti kemah, pakaian dan selimut dan lain-lain yang berjumlah 370 ribu buah masih tersimpan dalam gudang. Apa bila berlakunya bencana alam, bantuan tersebut akan dihantar segera ke kawasan yang mengalami bencana untuk keperluan kehidupan asas mangsa-mangsa yang terlibat.

Menurut Encik Zou Ming, jabatan kerajaan seperti Dewan Negara telah mengesahkan rancangan perkembangan satelit kecil yang bertujuan untuk meningkatkan pemantauan terhadap ekologi alam sekitar dan bencana alam, dua satelit kecil dan satu satelit radar akan dilancarkan pada tahun 2006 untuk meningkatkan keupayaan pemantauan dan amaran awal bencana alam dan ekologi alam sekitar di kebanyakan kawasan di China. Jaringan pemantauan yang terdiri daripada empat satelit kecil dan empat satelit radar akan dibentuk sebelum tahun 2010 bagi mewujudkan pemantauan selama 24 jam sehari terhadap bencana alam dan ekologi alam sekitar.

Berdasarkan maklumat, sejak bulan Januari tahun 2004, sistem memberi maklumat tentang wabak penyakit berjangkit menerusi jaringan net mula beroperasi secara rasmi di China, maklumat tentang wabak penyakit berjangkit dapat diumumkan menerusi jaringan net di 31 provinsi, wilayah autonomi dan bandar di bawah pentadbiran kerajaan pusat di China. Ini menyebabkan maklumat tentang wabak dapat dilaporkan dengan cepat dan tepat.

----Ching