Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-03-07 12:45:19    
China Tumpukan Perhatian terhadap Jaminan Kesihatan Kanak-kanak

Agensi Berita Xinhua China

Di China, setiap pesakit Luekaemia kanak-kanak memerlukan biaya rawatan kira-kira 100 hingga 300 ribu Yuan RMB pada masa ini, dan jika menjalani pembedahan transplant marrow, bayarannya lebih mahal. Di bandar Beijing, ibu negara China, setiap pesakit kanak-kanak purata membayar biaya rawatan kepada pihak hospital kira-kira 5 ribu Yuan RMB. Terdapat ramai pesakit kanak-kanak gagal dirawat pada masa yang paling sesuai disebabkan biaya rawatan di hospital terlalu mahal. Dalam tempoh jangka masa panjang yang lalu, para ibu bapa berharap pesakit kanak-kanak dan keluarga mereka boleh dibantu mengatasi kesukaran berdasarkan suatu cara yang baik.

Shen Jianchao, pelajar Institut Industri Elektronik Beijing telah dikesan mengidap penyakit Luekaemia pada tahun 2003. Kerana pernah membayar 50 Yuan RMB biaya insurans pada tahun 2004, beliau berhak mendapat lebih 18,000 Yuan RMB dari kerajaan sewaktu menjalani rawatan di hospital.

Pegawai Persatuan Palang Merah Daerah Fengtai Bandar Beijing memberi wang bantuan tersebut kepada abang Shen Jianchao, beliau berkata, "Semua biaya perubatan itu berjumlah 53,339.92 Yuan RMB, dan kami bertanggungjawab memberi wang bantuan sebanyak 18,380.56 kepada anda setelah disahkan oleh Persatuan Palang Merah dan kerajaan bandar Beijing."

Puan Yu Ruiling, Ketua Jabatan Tabung Wang Bantuan Kanak-kanak Beijing memaklumkan kepada wartawan CRI, "Wang bantuan itu terutamanya disediakan kepada kanak-kanak yang menjalani rawatan di hospital yang dikesan mengidap penyakit serius. Selain itu, kami juga bertanggungjawab menyediakan wang bantuan kepada kanak-kanak yang mengalami sakit ringan. Misalnya, radang paru-paru atau demam, penyakit seumpama itu hanya memerlukan beberapa ratus Yuan RMB dan setinggi-tingginya seribu hingga dua ribu Yuan RMB untuk menjalani rawatan, ia tidak mengakibatkan kesulitan besar bagi keluarga biasa. Tetapi jika dikesan mengidap penyakit teruk, keluarga kanak-kanak pesakit itu akan sukar menyediakan biaya yang banyak, dan amat memerlukan bantuan masyarakat".

Untuk membantu keluarga seumpama keluarga Shen Jianchao tersebut, mulai 1 September 2004, Beijing secara rasmi melaksanakan sistem wang bantuan perubatan kanak-kanak. Berdasarkan peraturan sistem tersebut, setiap kanak-kanak perlu membayar 50 Yuan RMB setiap tahun sebagai bayaran insurans, dan boleh menikmati jaminan perubatan bernilai sehingga 80 ribu Yuan RMB sepanjang tahun tersebut.

Di China, jika terdapat orang mengalami kesulitan, rakannya atau masyarakat biasanya akan menderma wang untuk membantu pesakit tersebut. Puan Wang Guiqin, Naib Pengetua Institut Industri Elektronik Beijing menyatakan pandangannya, beliau berkata, "Menderma wang hanya sekali sahaja, tetapi sistem wang bantuan menyediakan bantuan secara tetap. Kerajaan Beijing melaksanakan sistem tersebut untuk menyelesaikan masalah itu berdasarkan sistem bantuan perubatan."

Mulai Jun 2004, Persatuan Palang Merah Beijing, Jabatan Pendidikan Beijing dan Biro Kesihatan Beijing telah bersama-sama melaksanakan "Cara Pengurusan Wang Bantuan Perubatan Pelajar Sekolah Rendah dan Menengah serta Bayi di Bandar Beijing".

Setelah mengetahui berita tersebut, ramai ibu bapa berasa gembira dan berturut-turut menelefon atau mengunjungi Persatuan Palang Merah untuk mendapat maklumat yang terperinci. Puan Yang Xina, Setiausaha Agung Persatuan Palang Merah Beijing memberi taklimat kepada wartawan CRI, "Kami telah memberi wang bantuan kepada 11 orang ibu bapa, hari ini, saya akan pergi menemui pegawai kerajaan bandar Beijing untuk menyerahkan 20 surat pemohonan dan mengambil balik 28 surat pemohonan yang sudah disahkan dan diluluskan oleh pihak kerajaan."

Setakat 1 Disember 2004, sebanyak 27.18% kanak-kanak Beijing telah disenaraikan untuk menikmati perkhidmatan wang bantuan kanak-kanak.

Puan Deng, penduduk biasa bandar Beijing. Kerana anaknya telah membayar insurans, sewaktu mengalami sakit teruk pada masa tidak lama selepas itu, Puan Deng memperoleh wang bantuan sebanyak lebih 2,000 Yuan RMB daripada kerajaan secara berperingkat-peringkat sebanyak 5 kali. Beliau dengan gembira berkata kepada wartawan CRI, "Pada awalnya, saya berasa sedikit ragu-ragu dan berpendapat anak saya tidak mungkin mengalami sakit teruk. Tidak sangka pada masa tidak lama setelah saya membayar insurans itu, anak saya telah dikesan mengalami sakit teruk. Contoh saya agak tipikal."

Setakat ini, kerajaan Beijing telah memberi wang bantuan sebanyak hampir sejuta Yuan RMB kepada pesakit kanak-kanak yang menjalani rawatan setelah membayar insurans perubatan. Seramai lebih 700 orang pesakit kanak-kanak telah memperoleh wang bantuan, antaranya yang paling banyak lebih 20 ribu Yuan RMB dan yang paling rendah kira-kira seratus hingga dua ratus Yuan RMB.

----AZMI