Wartawan CRI melaporkan, Pengerusi Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan China, Ma Kai dalam sidang akhbar yang diadakan di Beijing hari ini menyatakan, China akan menyelesaikan kekurangan bekalan tenaga elektrik melalui pelbagai cara antaranya meningkatkan dan memperbaiki kawalan makroekonomi, menambah bekalan tenaga elektrik dan menganjurkan usaha menjimatkan penggunaan elektrik.
Ma Kai menyatakan, keperluan tenaga elektrik bertambah cepat berbanding pembinaan logi bekalan tenaga elektrik. Sehubungan itu China merancang membina loji elektrik berkapasiti 65 juta kilowatt. Kerajaan China juga akan menyelesaikan kekurangan bekalan tenaga elektrik melalui mengawal pertambahan penggunaan tenaga elektrik dalam kadar yang rasional melalui kawalan makroekonomi serta akan menyusun semula struktur ekonomi, menyekat penggunaan elektrik yang berlebihan.
|