Dalam "Laporan Kerja Kerajaan" tahun ini, Perdana Menteri China Wen Jiabao mengemukakan tuntutan meningkatkan pembangunan sistem jaminan sosial, "mengkaji dan menetapkan cadangan pembaharuan sistem memberi jaminan untuk menyara kakitangan yang lanjut usia dalam jabatan kerajaan". Beberapa wakil berpendapat, seiring dengan peningkatan pembaharuan di jabatan kerajaan, ramai pekerja bukan lagi "kakitangan kerajaan", mererka menjadi pekerja yang bergantung kepada permintaan pasaran, manakala mekanisme tenaga profesional lebih sempurna dan mantap dalam proses itu.
Setiausaha Jawatankuasa Bandar Jiyuan Provinsi Henan, puan Zhou Chunyan menyatakan, setelah diamalkan di perusahaan milik negara dan agensi kerajaan, pembaharuan juga dilaksanakan di jabatan kerajaan. Berdasarkan statistik, jabatan kerajaan berjumlah 1.3 juta di China, dengan jumlah kakitangannya kira-kira 30 juta orang. Sehubungan dengan itu, pembaharuan di jabatan kerajaan merupakan projek yang amat sukar dijalankan.
Wakil Kongres Rakyat Kebangsaan China yang juga Naib Menteri Organisasi Jawatankuasa Wilayah Autonomi Mongolia Dalam China encik Zhao Shiliang menyatakan, mekanisme persaingan akan dipinda dalam pembaharuan itu, agar peralihan tenaga profesional di jabatan kerajaan selaras dengan pasaran tenaga profesional dialam masyarakat. Pembaharuan seumpama itu akan bermanfaat bagi pemindahan dan persaingan tenaga profesional serta menyempurnakan penyusunan sumber tenaga manusia. Sebenarnya, pengurangan kakitangan di jabatan kerajaan dan perubahan identiti kakitangan jabatan kerajaan bermanfaat bagi pembayar cukai, sehubungan dengan itu, pembaharuan itu bukan sahaja bermakna risiko, tetapi juga bermakna peluang.
Pada bulan Disember tahun 2004, Menteri Personel China encik Zhang Bolin memaklumkan, sebagai komponen penting pembaharuan di jabatan kerajaan, pembaharuan sistem personel juga mengayuh langkah penting. Sistem kakitangan kontrak telah dilaksanakan di kira-kira 450 ribu jabatan kerajaan di 31 provinsi, wilayah autonomi dan bandar di China, seramai 13 juta pekerja menandatangani kontrak, angka ini menempati kira-kira 45% jumlah kakitangan jabatan kerajaan di China.
|