|
Menurut Agensi Berita Xinhua China, kerajaan Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong bercadang menambah simpanan ubat-ubatan antivirus untuk mengatasi wabak selesema yang mungkin akan berlaku.
Jurucakap Jabatan Kebajikan Kesihatan dan Makanan Hong Kong menyatakan, menambah simpanan ubat-ubatan antivirus adalah untuk mengekalkan citra baik Hong Kong sebagai tempat perdagangan yang selamat.
Sebelum ini, WHO menyeru pelbagai negara menyimpan ubat-ubatan tersebut untuk menjamin bekalan yang mencukupi semasa wabak selesema berlaku.
|