Dalam sidang menerima tenaga kerja yang diadakan di kawasan bahagian timur laut China, beberapa perusahaan mengemukakan syarat bahawa pekerja wanita tidak boleh berhamil dalam tempoh lima hingga 10 tahun semasa diterima. Berdasarkan kajian terhadap 96 perusahaan di Provinsi Hebei, 79.2% perusahaan tidak menyediakan hari cuti kepada pekerja wanita pada masa mereka berhamil, bersalin dan menyusui anak.
Isu kesihatan, keselamatan dan isu lain tentang pekerja wanita menarik perhatian wakil-wakil Kongres Rakyat Kebangsaan China dan anggota Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Permesyuaratan Politik Rakyat China kali ini.
Menurut maklumat pegawai Persekutuan Wanita Seluruh China, pekerja wanita tidak sesuai bekerja berat kerana fisiologi mereka berlainan dengan lelaki, mereka harus dilindungi semasa hamil, bersalin dan lain-lain. Wakil Kongres Rakyat Kebangsaan puan Zhou Lizhen menyatakan, " Pada masa ini, diskriminasi jantina dan umur wujud semasa menerima pekerja di beberapa perusahaan. Misalnya mereka menggunakan lelaki, tidak menggunakan wanita, mencaburi hak pekerja wanita."
Para wakil-wakil Kongres Rakyat Kebangsaan China dan anggota Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Permesyuaratan Politik Rakyat China menyatakan, pada masa ini, beberapa butiran dalam undang-undang jaminan hak dan kepentingan wanita, peraturan dan undang-undang perlindungan pekerja wanita tidak selaras dengan perkembangan situasi pada masa ini, khususnya berkurangan peraturan untuk menghukum tindakan yang melanggar undang-undang, bertambah pula kesedaran perundangan pekerja wanita kurang cukup, semua ini menyebabkan peraturan dan undang-undang sukar dilaksanakan untuk melindungi pekerja wanita.
Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan China menyenaraikan rang pindaan undang-undang jaminan hak dan kepentingan wanita ke dalam rancangan penggubalan undang-undang tahun 2005, tindakan ini mendapat sambutan para wakil dan anggota. Mereka mencadangkan, semasa melengkapkan undang-undang jaminan hak dan kepentingan wanita tersebut, diskriminasi jantina semasa menyediakan peluang kerja harus dijelaskan untuk meningkatkan perlindungan khas kepada pekerja wanita agar hak dan kepentingan sah wanita diperlindungi dengan lebih baik.
|