Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-03-10 09:58:36    
Kerjasama Perdagangan Elektronik China-ASEAN

CRI

Perdagangan elektronik merupakan salah satu fokus dalam kerjasama APEC pada tahun-tahun kebelakangan ini. Sidang Peringkat Menteri APEC ke-10 yang diadakan pada tahun 1998 telah meluluskan "Rancangan Tindakan Perdagangan Elektronik APEC", rancangan tersebut telah mengemukakan sasaran para anggotanya mewujudkan perdagangan tanpa kertas bermula tahun 2005 hingga tahun 2010. setelah itu, para anggota APEC berusaha mengembangkan perdagangan elektronik. APEC telah menubuhkan Jawatankuasa pemandu Perdagangan Elektronik untuk menguruskan perbincangan dan kerjasama perdagangan elektronik. Pada Jun 2004, Ekspo Perdagangan Elektronik APEC telah diadakan di Yantai Provinsi Shandong China, ekspo yang bertema "Perdagangan eletronik dan globalisasi ekonomi" telah mempamerkan hasil pengeluaran industri IT dan cara perdagangan elektronik pelbagai anggota APEC serta mendorong pelaburan dan kerjasama antara pelbagai anggota dalam bidang tersebut. Ekspo tersebut telah membincangkan strategik dan cara yang baru dalam perdagangan elektronik, meningkatkan pembangunan perdagangan elektronik antara perusahaan kecil dan sederhana serta daya penyertaannya dalam globalisasi ekonomi.

Sekarang, negara yang lebih maju di rantau Asia-Pasifik boleh menggunakan perdagangan eletronik dalam bidang yang meluas, misalnya Singapura dan Malaysia. Tetapi masih terdapat banyak negara anggota ASEAN yang kurang mengunakan cara tersebut.

Sekarang, kerjasama perdagangan elektronik China-ASEAN adalah dalam dua bidang, iaitu kerjasama dua hala perdagangan elektronik antara perusahaan dan kerjasama dalam industri maklumat kedua-dua pihak tersebut.

Kerjasama perdagangan elektronik telah dilaksanakan antara China dan negara-negara lebih maju dalam ASEAN. Sekarang, terdapat banyak syarikat Singapura dan China mengadakan kerjasama perdagangan elektronik, terutamanya antara perusahaan dengan perusahaan.

Pembangunan kerjasama perdagangan elektronik merupakan dasar telekomunikasi untuk industri maklumat dan teknologi tinggi. Kerjasama dalam bidang maklumat merupakan prasyarat yang penting dalam kerjasama perdagangan elektronik China-ASEAN.

Pada November 2000, pemimpin 10 negara anggota ASEAN dalam sidang kemuncak tidak rasmi ke-4 ASEAN telah menandatangani rancangan "Elektronik ASEAN", untuk mengembangkan industri maklumat dan meningkatkan pembinaan infrastruktur teknologi maklumat.

Bermula pada tahun 2001, forum teknologi maklumat China-ASEAN telah diadakan di Shenzhen China dan Indonesia. Forum pertama yang diadakan di Shenzhen China tersebut bertujuan untuk meningkatkan kerjasama China-ASEAN dalam bidang telekomunikasi maklumat dan mewujudkan rancangan "Elektronik ASEAN". Rombongan yang diketuai oleh Menteri Industri Teknologi Maklumat dan Telekom China Wu Jichuan dan pegawai kanan pelbagai negara anggota ASEAN telah bertukar-tukar pendapat untuk menjalankan rancangan "Elektronik ASEAN" dan meningkatkan pertukaran dan kerjasama dalam bidang telekomunikasi maklumat. Wu Jichuan menegaskan, Kementerian Industri Teknologi Maklumat dan Telekom China akan meningkatkan perbincangan dengan pelbagai negara anggota ASEAN dalam bidang maklumat dan telekomunikasi, menggalakkan dan menyokong perusahaan China mengadakan pertukaran dan kerjasama dengan perusahaan pelbagai negara ASEAN, khususnya dalam pembinaan infrastruktur telekomunikasi dan teknologi tinggi. Selain itu, kedua-dua pihak tersebut juga akan meningkatkan kerjasama dalam penerokaan sumber tenaga profesional telekomunikasi maklumat, China bersedia menubuhkan pangkalan latihan teknologi maklumat dan telekomunikasi untuk memberi sumbangan melahirkan tenaga profesional pelbagai negara ASEAN dalam bidang tersebut.

Pada Jun 2002, sidang elektronik ASEAN 10+3 dan sidang elektronik ASEAN-China telah diadakan di Singapura, China telah mengemukakan memorandum persefahaman kerjasama industri maklumat jangka sederhana dan panjang China-ASEAN, menyediakan latihan kepada tenaga profesional negara anggota ASEAN.

10 negara anggota ASEAN berazam meningkatkan kerjasama dalam industri maklumat dan telekomunikasi, kerjasama tersebut memerlukan sokongan China. Berdasarkan maklumat Sidang ke-3 Peringkat Menteri Telekomunikasi dan Teknologi Maklumat ASEAN, pelbagai negara anggota ASEAN akan meningkatkan keselamatan internet, mendorong integrasi ASEAN dalam industri maklumat dan telekomunikasi.

China akan terus meningkatkan kerjasama dengan pelbagai negara anggota ASEAN dalam industri maklumat dan telekomunikasi melalui cara perniagaan. Industri telekomunikasi China juga boleh berkembang pesat melalui kerjasama dengan ASEAN.

----Andika