Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-03-10 09:58:36    
Lang Ping: Saya Tetap Hormati Pasukan Bola Tampar Wanita China

CRI
Pada bulan lalu, Lang Ping, bekas jurulatih pasukan bola tampar wanita China telah menerima tawaran A.S. dan dilantik sebagai ketua jurulatih pasukan bola tampar wanita A.S.. Lang Ping semasa diwawancara menyatakan, beliau sentiasa menghormati pasukan bola tampar wanita China semasa memikirkan sama ada menerima atau tidak tawaran sebagai ketua jurulatih pasukan bola tampar wanita A.S.. Lang Ping menyatakan, setelah memikirkan secara mendalam, beliau baru menerima tawaran Persatuan Bola Tampar A.S. itu.

Lang Ping menyatakan, 3 faktor utama kenapa beliau menerima tawaran tersebut, pertama ialah kerana anak perempuannya, kedua, kehormatan pasukan bola tampar wanita China, dan ketiga, reaksi rakyat China.

Lang Ping memaklumkan, anak perempuannya sudah berumur 12 tahun, beliau sentiasa berpisah dengan anak perempuannya semasa mengetuai pasukan China dan Itali. Kalau Lang Ping tidak menerima tawaran A.S. itu, setelah tempoh perkhidmatannya selama 4 tahun berakhir, anaknya sudah berumur 16 tahun, beliau berasa kurang bertanggungjawab terhadap anaknya. Lang Ping menyatakan, beliau sering bekerja di Itali, tetapi anaknya tinggal di A.S., beliau jarang menelefon anaknya kerana masalah perbezaan waktu. Lang Ping menyatakan, rakyat China sudah memberi kehormatan kepadanya, beliau juga sangat menghargai kehormatan tersebut, tetapi beliau juga harus menjaga anaknya.

Tentang masalah sama ada keputusan Lang Ping menerima tawaran jawatan ketua jurulatih pasukan bola tampar wanita A.S. atau tidak akan menjejaskan kehormatan pasukan bola tampar wanita China, Lang Ping menyatakan, beliau sudah memikirkan masalah tersebut dengan mendalam. Semasa Persatuan Bola Tampar A.S. meminta beliau mengisi borang, beliau dengan bangga menulis "China" dalam ruangan warganegara. A.S. merupakan negara sukan yang paling hebat, dan ini merupakan kali pertama mereka menawarkan orang China menyandang jawatan ketua jurulatih pasukan kebangsaannya, ini merupakan satu cara untuk menyatakan kemuliaan untuk tanah air.

Ada orang yang bimbang bahawa pasukan bola tampar wanita A.S. yang dibimbing oleh Lang Ping akan mengalahkan pasukan bola tampar wanita China menjadi johan Sukan Olimpik 2008. Lang Ping menyatakan, kita jangan memandang terlalu tinggi keupayaan pasukan bola tampar wanita A.S. dan memandang terlalu rendah keupayaan pasukan China. Beliau menyatakan, A.S. tidak mempunyai pertandingan liga profesional, semua pemain hebat A.S. bermain di Itali, mereka tidak boleh pulang ke A.S. untuk menyertai latihan secara berpasukan sebelum pertandingan liga berakhir pada Mei akan datang. Tetapi Sukan Olimpik Beijing akan bermula pada Ogos tahun itu, mereka sukar mencapai kejayaan dalam waktu latihan secara berpasukan selama lebih 3 bulan.

Lang Ping menyatakan, pasukan bola tampar wanita China mempunyai ramai jurulatih yang hebat, seperti Chen Zhonghe, Wang Baoquan dan Cui Yongmei. Pasukan bola tampar wanita China boleh mengekalkan prestasi yang tinggi dalam jangka waktu yang panjang di dunia. Lang Ping menyatakan, pada beberapa tahun yang lalu, beberapa negara seperti A.S. dan Itali pernah menawarkan beliau jawatan jurulatih, tetapi pasukan bola tampar wanita China sedang mengalami masalah, beliau telah menolak tawaran tersebut.

Lang Ping telah mengucapkan terima kasih kepada para peminatnya di China. Beliau menyatakan, ramai rakyat dan media massa China menyatakan timbang rasa dan menyokong keputusan beliau kali ini, penggemar bola tampar China telah menunjukkan semangat sukan yang tinggi.

 

Ketua Pengarah Pusat Pentadbiran Bola Tampar Jabatan Pentadbiran Am Sukan China Xu Li menyatakan, beliau berharap pasukan A.S. yang diketuai oleh Lang Ping dan pasukan China yang diketuai oleh Chen Zhonghe boleh bertemu dalam pertandingan akhir Sukan Olimpik 2008, dan mempamerkan perlawanan yang sangat menarik kepada para penonton.

Beliau berharap Lang Ping boleh gmeningkatkan taraf permainan pasukan A.S. beliau menyatakan, tidak kisah siapa yang menjadi ketua jurulatih pasukan bola tampar wanita A.S., pasukan itu sentiasa menjadi pasukan yang hebat dan juga menjadi ancaman kepada pasukan China. Sebenarnya ancaman pasukan China selain pasukan A.S., juga lalah pasukan Brazil, Cuba, Rusia dan lain-lain. Pasukan China kalau ingin mencapai kejayaan, harus berusaha meningkatkan prestasi sendiri.

----Andika