Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-03-10 12:50:00    
Para Wakil Kongres Rakyat Kebangsaan China Bahaskan Laporan Rancangan dan Belanjawan

Agensi Berita Xinhua China

Pada masa melaksanakan pembahasan dan perbincangan, laporan rancangan perkembangan sosioekonomi dan laporan belanjawan kerajaan pusat dan tempatan merupakan topik utama perbincangan para wakil dan anggota yang menyertai Kongres Rakyat Kebangsaan China.

Wakil dari Provinsi Henan puan Zhou Chunyan menyatakan, "Berdasarkan kandungan laporan rancangan dan belanjawan, kita boleh didapati usaha kerajaan akan lebih berkesan, realistik dan bermanfaat bagi bidang yang kurang maju."

Menurut maklumat, kedua-dua laporan itu tidak dibaca dalam sidang tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan, akan tetapi ini menyediakan lebih banyak masa bagi para wakil membaca dan mengkaji laporan itu secara sendiri, agar mereka lebih memahami peraturan kerja kerajaan, melaksanakan fungsi penyeliaan, menyertai perbincangan hal ehwal negara dan politik.

Setelah membaca laporan rancangan dan belanjawan tersebut, wakil dari Provinsi Shanxi Duan Zhiai menyatakan, "Rancangan pembangunan dan peraturan belanjawan negara bersangkut paut erat dengan kepentingan setiap orang China. Kandungan kedua-dua laporan itu amat jelas dan menyebabkan para wakil mengetahui rancangan perkembangan negara, keadaan pendapatan dan perbelanjaan negara. Kami wajib membahaskan rancangan perkembangan negara, melaksanakan penyeliaan terhadap belanjawan kerana ini merupakan hak yang diberikan oleh undang-undang kepada wakil Kongres Rakyat Kebangsaan."

Harga barangan menarik perhatian penduduk awam, dan juga menarik perhatian para wakil dan anggota. Wakil dari Provinsi Heilongjiang Tang Xiuting menyatakan, "Berdasarkan laporan tahun ini, tahap peningkatan harga barangan akan dikawal pada 4% , kadar ini lebih tinggi daripada dua tahun yang lalu. Disebabkan keputusan ini ditetapkan berdasarkan kenyataan, saya yakin matlamat itu boleh diwujudkan."

Semasa membincangkan tentang pembaharuan di perusahaan milik negara, anggota Mao Yunshi menyatakan, matlamat pembaharuan di perusahaan milik negara yang dikemukakan dalam laporan tersebut amat jelas dan boleh kami laksanakan. Saya yakin, pembaharuan di perusahaan milik negara dapat diteruskan pada tahun ini.