Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-03-11 13:32:55    
Projek Bekalan Gas Dari Bahagian Barat Ke Timur China Mainkan Peranan Penting

CRI

China telah memperuntukkan banyak dana untuk melaksanakan projek bekalan gas dari bahagian barat ke timur China, salah satu projek bekalan sumber tenaga sejauh kira-kira 4 ribu kilometer untuk mengatasi masalah kekurangan sumber tenaga di bahagian tengah dan timur China pada 3 tahun yang lalu. Bekalan gas telah dilaksanakan secara beransur-ansur selama kira-kira setahun. Pada akhir tahun lalu, gas untuk sektor industri telah beroperasi secara rasmi.

Kawasan bahagian tengah dan timur China merupakan kawasan pertumbuhan ekonomi utama yang pesat di China. Permintaan sumber tenaga di kawasan ini sangat tinggi. Namun, sumber gas sangat kaya di kawasan bahagian barat China, akan tetapi, pertumbuhan ekonomi di kawasan itu masih mundur. Demi mengatasi masalah kekurangan sumber tenaga di kawsan tengah dan timur China, sumber tenaga dari kawasan bahagian barat telah disalurkan ke bahagian tengah dan timur. Projek bekalan gas dari bahagian barat ke timur China telah beroperasi pada tahun 2002. Jumlah peruntukkan untuk biaya pembangunan projek tersebut berjumlah 140 bilion yuan Renminbi.

Projek bekalan gas dari bahagian barat ke timur China bermanfaat bagi pertumbuhan ekonomi provinsi Henan di kawasan tengah China. Penduduk dan perusahaan bandar Zhengzhou, ibu kota provinsi Henan dapat menggunakan gas pada Oktober tahun 2003.

Bandar Shanghai, salah sebuah bandar perindustrian dan perdagangan yang terbesar di China merupakan pasaran terbesar projek bekalan gas asli dari bahagian barat ke timur China. Berdasarkan rancangan, bekalan gas asli untuk bandar Shanghai akan menempati 1/3 daripada jumlah keseluruhan bekalan gas dari bahagian barat ke timru China. Pada awal tahun 2004, bekalan gas telah beroperasi. Naib Datuk Bandar Shanghai Encik Zhou Yupeng berkata, jumlah keseluruhan gas asli pada tahun 2003 mencatat 480 juta meter padu, akan tetapi, jumlah keseluruhan penggunaan gas pada tahun lalu mencatat kira-kira 1 bilion meter padu dan telah meningkat satu kali ganda. Peningkatan itu dapat ditumpang oleh projek bekalan gas dari bahagian barat ke timur. Ini bukan sahaja menjamin keperluan hidup penduduk tempatan, malah mutu gasnya juga lebih baik berbanding penggunaan arang batu dan sumber tenaga lain.

Projek bekalan gas dari bahagian barat ke timur telah mengatasi kekurangan sumber tenaga kawasan timur China dalam jangka masa panjang. Xinjiang dan kawasan bahagian barat juga mencatat banyak keuntungan daripada projek tersebut.

Ketua Pengarah Suruhanjaya Pembangunan dan Pembahruan Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang China Encik Liu Yanliang berkata, keuntungan sumber tenaga Xinjiang merangsang pertumbuhan ekonomi, projek bekalan gas dari bahagian barat ke timur telah mengatasi masalah sumber tenaga di China, Xinjiang pengeluaran 40% arang batu di China 30% pengeluaran petroleum dan memiliki pendaman gas asli sebanyak 34% berbanding di kawasan lain seluruh negara.

Pakar China berpendapat projek bekalan gas dari bahagian barat ke timur bukan sahaja meningkatkan pertumbuhan ekonomi di kaWasan bahagian timur dan barat China, tetapi juga memperbaiki ekologi alam sekitar di kawasan tengah dan timur dan mengatasi masalah pencemaran udara serta mewujudkan pertumbuhan ekonomi yang berterusan.

Pengarah Biro Sumber Tenaga Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara China Encik Xu Dingming berkata, Sumber gas asli China sangat kaya. Pakar berpendapat bahawa jumlah gas asli China berjumlah kira-kira 14 trilion meter padu. Kami hanya dapat mengeluarkan lebih 13 trilion meter padu dan menjadikan industri gas asli meningkat dengan cepat.

Pegawai itu berkata, seiring dengan pertumbuhan pesat pembangunan ekonomi China dan jumalh permintaan gas asli bertambah secara berterusan, projek bekalan gas dari bahagian barat ke timur akan memainkan peranan yang penting dalam mengatasi masalah kekurangan sumber tenaga dan bekalan elektrik di China.