Menurut Agenisi Berita Xinhua China, Ketua Pengarah Jabatan Perdagangan dan Industri Kerajaan Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong Yang Limen semalam di Hong Kong menyatakan, Hong Kong dan Tanah Besar China akan menjamin Pengaturan Kerjasama Ekonomi dan Perdagangan yang Lebih Erat antara Tanah Besar China dengan Hong Kong memenuhi tuntutan perjanjian perdagangan serantau WTO.
Demikian dinyatakan oleh Yang Limen semasa beliau menyertai seminar di Universiti Bandar Hong Kong. Beliau berkata, dasar ekonomi dan perdagangan Hong Kong sentiasa berasas perdagangan pelbagai hala, memenuhi perjanjian perdagangan serantau WTO, dan berfaedah bagi Hong Kong mendapat manfaat sistem perdagangan pelbagai hala.
|