Zhang Peng yang berumur 18 tahun merupakan mahasiswa tahun satu di Institusi Bandar Beijing. Dalam tempoh sidang tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan China dan Majlis Permesyuaratan Politik Rakyat China diadakan, Zhang Peng bersama-sama dengan lebih 90 orang mahasiswa dihantar ke tempat kediaman wakil Kongres Rakyat Kebangsaan delegasi Wilayah Autonomi Etnik Hui Ningxia, Provinsi Jilin dan Guangdong untuk menyediakan perkhdimatan kepada para wakil. Mereka bertugas di kantin, kaunter dan bas delegasi.
Menurut Zhang Peng, dia tidak pernah bergaul dengan wakil Kongres Rakyat Kebangsaan pada masa dahulu, kali ini dia berpeluang mengadakan kontak dengan mereka.
Dia berkata, "Pada masa dahulu, kami berpendapat wakil Kongres Rakyat Kebangsaan sentiasa bersikap bersungguh-sungguh. Akan tetapi, setelah bergaul dengan mereka, pandangan kami berubah sama sekali. Mereka berkualiti tinggi dan mudah menjalankan pergaulan."
Han Xiya juga bertugas sebagai anggota perkhidmatan. Dia berkata, "Setiap wakil amat mesra. Mereka tidak memandang rendah terhadap kami, sebaliknya mereka ada kalanya menyampaikan salam atau berbual-bual dengan kami. Ramai antara wakil tersebut telah menjadi sahabat kami."
Dia masih ingat, pada satu malam, dia bertugas malam. Setelah dia menyelesaikan tugasnya, Datuk Bandar Changchun Zhu Yejing memberikan buah-buahan kepadanya dan menasihatnya untuk berehat. Perkara ini meninggalkan kesan yang mendalam kepadanya.
Bagi pandangan mahasiswa-mahasiswi tersebut, wakil Kongres Rakyat Kebangsaan sama dengan orang biasa. Walaupun mereka ada yang pegawai kanan di pelbagai tempat, ada yang pemimpin di perusahaan, ada yang buruh dan petani yang biasa, akan tetapi mereka tidak ada perbezaan dalam bidang pakaian atau perkataan, mereka bergaulan baik antara satu sama lain, seolah-olah rakan sekelas yang sudah lama tidak berjumpa.
Menurut mahasiswa tersebut, wakil-wakil tersebut sentiasa rajin bekerja, ada yang menulis bahan dokumen sampai tengah malam.
|