Wartawan CRI melaporkan, pegawai Akademi Sains China, encik Liu Po ketika diwawancara oleh wartawan di Beijing hari ini berkata, sejak "rancangan dua satelit" dilaksanakan, ahli sains China dan Eropah telah mencapai banyak hasil penyelidikan.
Ahli sains China telah mengemukakan "rancangan dua satelit" pada tahun 1997, berharap menjalankan penyelidikan alam sekitar ruang angkasa melalui dua satelit yang terbang di dua orbit yang berlainan, sejak tahun 2001, China bekerjasama dengan biro angkasa lepas Eropah berdsasarkan rancangan tersebut. Menurut Liu Po, kedua-dua satelit beroperasi dengan baik, ahli China dan Eropah telah mengeluarkan lebih 70 buah tesis melalui menganalisis data yang dihantar balik oleh dua satelit tersebut.
|