Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-03-15 10:30:35    
Hong Kong Laksanakan Tindakan Menangani Masalah Warga Tua Bertambah Banyak

Agensi Berita Xinhua China

Menurut Agensi Berita Xinhua China, seiring dengan warga tua bertambah semakin ramai, kerajaan Hong Kong giat melaksanakan pelbagai tindakan positif untuk mengatasi masalah tersebut agar faktor penduduk tidak menjejaskan perkembangan sosioekonomi secara berterusan di Hong Kong.

Menurut Jabatan Statistik kerajaan Hong Kong bahawa sebelum tahun 2033, warga tua yang berumur 65 tahun ke atas akan menduduki 27% jumlah keseluruhan penduduk Hong Kong.

Setiausaha Pentadbiran Hong Kong Donald Tseng memaklumkan bahawa jabatan berkenaan sedang mengadakan kajian tentang beberapa dasar yang berkaitan dengan imigrasi, penyaraan dan pelahiran.

Kerajaan Hong Kong berharap jumlah penduduknya beransur-ansur bertambah ramai. Kerana kadar kelahiran agak rendah di Hong Kong, kerajaannya menggalakkan kelahiran bayi. Pada masa dahulu, anak pertama dan kedua terbesar warga Hong Kong menikmati pengecualian bayaran cukai berbanding bayaran cukai lebih tinggi kepada anak yang dilahirkan selepas mereka. Sekarang dasar tersebut telah dipindah, dan mulai 2003, kerajaan Hong Kong menyeragamkan "Peraturan Pengecualian Bayaran Cukai Anak " kepada semua anak penduduk Hong Kong.

Imigran dari Tanah Besar China merupakan sumber utama pertumbahan penduduk Hong Kong. Untuk menjamin kebanyakan imigran tersebut lebih muda, kerajaan Hong Kong memutuskan bahawa hanya 60 daripada 150 kuota yang dikeluarkan setiap hari boleh diberikan kepada anak penduduk Hong Kong yang berstatus penduduk tetap. Anak-anak tersebut dilahirkan di Tanah Besar China.

Mulai Julai 1997 hingga penghujung tahun 2004, antara 390 ribu orang imigran dari Tanah Besar China ke Hong Kong, terdapat 150 ribu orang anak penduduk Hong Kong yang berstatus tetap.

Untuk meningkatkan kualiti penduduk Hong Kong dan meningkatkan daya saing ekonomi, kerajaan Hong Kong melonggarkan sekatan terhadap bakat profesional yang unggul dari Tanah Besar China berpindah ke Hong Kong.

Serentak itu, Hong Kong juga menggubal dasar untuk menarik bakat profesional mengikuti program pengajian di Hong Kong dan boleh menjadi penduduk tetap Hong Kong.

Sejak Oktober 2003, Hong Kong telah melaksanakan rancangan pelabur imigran agar dapat menarik tokoh yang berkemampuan melabur di Hong Kong tetapi tidak berhasrat mengendalikan perniagaan sendiri. Setakat penghujung tahun 2004, terdapat 411 buah pucuk permohonan telah disahkan.

Untuk menangani tekanan terhadap masyarakat akibat terdapat terlalu ramai warga tua pada masa yang akan datang, Hong Kong melaksanakan 3 rancangan yang dianjurkan oleh Bank Dunia iaitu,

Pertama, melaksanakan rancangan bantuan jaminan sosial yang bersepadu dan rancangan subsidi warga tua. Sebelum Disember 2004, terdapat lebih 640 ribu orang warga tua telah mendapat faedah daripada rancangan tersebut.

Kedua, melaksanakan rancangan wang penyaraan secara terpaksa yang diuruskan oleh sektor swasta.

Dan ketiga, melaksanakan penyimpanan wang peribadi secara sukarela.

Dalam "Laporan Pelaksanaan Pentadbiran 2005", Ketua Eksekutif Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong Tung Chee-hwa mengemukakan bahawa Hong Kong akan melonggarkan syaratnya sewaktu memberi bantuan jaminan sosial, subsidi warga tua dan subsidi orang kurang upaya dan membantu mereka berpindah ke Tanah Besar China untuk menikmati kehidupan usia lanjut. Tindakan tersebut berfaedah bagi peningkatan simpanan wang peribadi.

----AZMI