Dalam Sidang Majlis ke-5 Jawatankuasa Akademi Sains Antarabangsa yang diadakan di Amsterdam, Belanda pada 2 Februari, Naib Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan China yang juga Presiden Akademi Sains China Dr. Lu Yongxiang dipilih sebagai Pengerusi Akademi Sains Antarabangsa yang baru. Beliau memberitahu wartawan Agensi Berita Xinhua China bahawa China memberi sumbangan penting dalam perkembangan dan kerjasama sains dan teknologi di peringkat antarabangsa, dan kemenangannya dipilih sebagai Pengerusi Akademi Sains Antarabangsa mencerminkan kehebatan sains dan teknologi China.
Jawatankuasa Akademi Sains Antarabangsa merupakan pertubuhan kerjasama sains dan teknologi antarabangsa yang disertai oleh akademi sains dari lebih 80 buah negara dan kawasan. Kali ini, pegawai sains dan teknologi China pertama kali menyandang jawatan Pengerusi pertubuhan tersebut. Dr. Lu Yongxiang merupakan calon yang disokong oleh bekas Pengerusi Akademi Sains India Profesor Mehta, berjaya memperoleh semua undi para perwakilan yang menghadiri sidang itu. Mereka bertepuk tangan mengucapkan tahniah kepada Dr. Lu Yongxiang.
Setelah berjalan keluar dari pusat sidang Akademi Sains Kesenian Diraja Belanda yang bersejarah lama, Dr. Lu Yongxiang terasa terharu dan berkata, "Ia bukan kemenangan peribadi, melainkan telah mencerminkan kehebatan semua pakar sains dan teknologi China dan keyakinan pelbagai negara terhadap China."
Sewaktu minum kopi di sebuah kedai kopi yang berhampiran Institut Kesusasteraan dan Sains Diraja Belanda, Dr. Lu Yongxiang memberitahu wartawan Agensi Berita Xinhua China, "Menyandang jawatan Pengerusi (Akademi Sains Antarabangsa) bukan sahaja membawa kehormatan kepada saya, tetapi juga membawa tanggungjawab. Saya akan berusaha agar tidak mengecewakan para wakil dari pelbagai negara dan memberi sumbangan kepada perkembangan sains." Tambah beliau, dalam tempoh perkhidmatan selama 4 tahun yang akan datang, beliau akan giat mendorong kerjasama dan pertukaran sains dan teknologi antara pelbagai negara, menyediakan maklumat dan pendapat sains dan teknologi kepada pelbagai badan penting termasuk PBB dan Bank Dunia, terus menggalakkan pertukaran dan kerjasama sains dan teknologi di kalangan negara Selatan-Selatan dan Selatan-Utara dan lain-lain.
Dr. Lu Yongxiang, hidrodinamist yang juga pensyarah Kejuruteraan Universiti Industri Aachen Jerman amat mementingkan usaha meningkatkan keupayaan penciptaan baru dalam bidang sains dan teknologi. Beliau berpendapat bahawa dalam globalisasi ekonomi, pelbagai negara hendaklah meningkatkan pembangunan sains dan teknologi agar dapat menjana ekonomi pengetahuan. Bakat profesional sains merupakan pendorong utama yang paling penting dalam perkembangan ekonomi pengetahuan. Pelbagai cabaran yang sedang dihadapi manusia antaranya penggunaan sumber tenaga secara berterusan, kemiskinan penduduk Afrika dan penyakit baru perlu diselesaikan melalui peningkatan keupayaan cipta baru sains dan teknologi serta kerjasama antarabangsa. "Tidak wujud perbezaan negara dalam bidang sains. Jika ditinjau dari segi sedunia, sains dan teknologi memerlukan persaingan dan juga memerlukan kerjasama."
Dr. Lu Yongxiang menjelaskan bahawa China merupakan negara pengasas Jawatankuasa Akademi Sains Antarabangsa, dan Akademi Sains China amat mementingkan pelbagai projek kerjasama antarbangsa seperti projek pembangunan keupayaan sains dan teknologi, projek sumber tenaga dan projek latihan tenaga manusia yang diselenggarakan oleh Akademi Sains Antarabangsa.
----AZMI
|