Pengerusi Kesatuan Sekerja Beijing Encik Yang Anjiang dalam Sidang kedua Kesatuan Sekerja Beijing ke-11 diadakan di Beijing baru-baru ini menegaskan, kerajaan bandar Beijing harus menggalakkan buruh tani menyertai Kesatuan Sekerja.
Menurut Encik Yang Anjiang, pada masa ini, kadar pekerja yang menyertai kesatuan sekerja hanya mencatat kira-kira 50% di bandar Beijing, dianggarkan lebih sejuta buruh tani masih belum menyertai pertubuhan itu. Sebagai kumpulan penting kalangan buruh di bandar Beijing, taraf kualiti moral, teknologi, profesional, sains dan pendidikan buruh tani tersebut tidak selaras dengan kalangan buruh di bandar, sehingga kepentingan ekonomi, hak demokratik, hak dan kepentingan etika serta kebudayaan mereka sentiasa terjejas. Sehubungan dengan itu, menggalakkan mereka menyertai kesatuan sekerja bermanfaat bagi memelihara hak dan kepentingan asas mereka seperti pendapatan, keselamatan nyawa, keperluan kebudayaan dan lain-lain, di samping bermanfaat bagi mewujudkan keharmonian dan kestabilan masyarakat di ibu negara.
Berdasarkan maklumat, jumlah kesatuan sekerja meningkat 2887 di bandar Beijing pada tahun 2004, antaranya, kesatuan sekerja yang ditubuhkan di perusahaan pembinaan yang padat dengan buruh tani meningkat 716 buah, terdapat 110 ribu buruh tani telah menganggotai kesatuan sekerja tersebut. Kesatuan sekerja tersebut telah memainkan peranan penting untuk mendorong pihak pengurusan perusahaan melaksanakan kontrak kerja di sisi undang-undang, menyelesaikan masalah pembayaran gaji mereka yang dilewat dan lain-lain sebagainya.
Encik Yang Anjiang juga menegaskan usaha menjamin hak pekerja akan dilaksanakan oleh kesatuan sekerja yang ditubuhkan di perusahaan baru. Beliau menyatakan, pada beberapa tahun kebelakangan ini, Kesatuan Sekerja Bandar Beijing mencapai kejayaan penting menubuhkan kesatuan sekerja , akan tetapi isu buruh tani menarik diri daripada pertubuhan itu tidak boleh diabaikan, salah satu punca utama yang mengakibatkan masalah itu disebabkan usaha menjamin hak buruh tani kurang berkesan. Encik Yang Anjiang menyatakan, para pekerja yang menyertai kesatuan sekerja, dan membayar yuran pertubuhan itu berharap hak dan kepentingan sah mereka dapat dijamin. Sehubungan dengan itu, usaha menubuhkan kesatuan sekerja di perusahaan baru harus memainkan peranan pertubuhan itu. Sehubungan dengan itu, "Penubuhan kesatuan sekerja, menarik anggota baru, memelihara hak pekerja secara berkesan" merupakan tiga tindakan penting untuk memperkukuh kejayaan yang dicapai, meningkatkan daya tarikan kesatuan sekerja.
![]( /mmsource/images/2005/03/14/82339111111.jpg)
Beliau menambah, usaha utama lain dalam penubuhan kesatuan sekerja ialah memastikan peralatan kerja yang lengkap dan struktur kesatuan sekerja disempurnakan dalam proses pembaharuan perusahaan milik negara, kerana ini merupakan prasyarat menjamin hak dan kepentingan yang sah pekerja yang bertugaa di perusahaan itu disamping mendorong pembaharuan perusahaan dan menjamin kebajikan para pekerja. Pelbagai tindakan harus diambil untuk mengelakkan berlakunya perusahaan membatalkan kesatuan sekerja dengan sewenang-wenangannya.
---Ching
|