Menurut Agensi Berita Xinhua, berdasarkan maklumat Jabatan Pendidikan Provinsi Jiangsu baru-baru ini, projek maklumat pendidikan akan dilaksanakan di semua sekolah rendah dan sekolah menengah di Provinsi Jiangsu pada akhir tahun ini.
Setakat ini, projek itu telah dilaksanakan di kebanyakan sekolah rendah dan sekolah menengah di bandar Provinsi Jiangsu. Banyak sekolah rendah dan sekolah menengah di bandar itu membuka laman web sendiri.
Kerajaan Provinsi Jiangsu memperuntukkan 350 juta dana khas untuk mendorong perkembang projek itu agar semua sekolah rendah dan sekolah menengah di desa di provinsi itu memiliki syarat asas pendidikan teknologi maklumat moden.
|