Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-03-17 10:14:31    
Wang Yifu Bercita-cita Capai Kejayaan dalam Sukan Olimpik 2008

CRI

Wang Yifu ialah seorang atlet penembak yang paling terkenal di China. Bermula pada tahun 1984, beliau secara berterusan 6 kali menyertai sukan Olimpik dan meraih 2 pingat emas, 2 pingat perak dan satu pingat gangsa. Dalam Sukan Olimpik Athens 2004, Wang Yifu yang sudah berumur 44 tahun menjadi johan dalam acara menembak pistol angin 10 meter perseorangan lelaki, dan menjadi johan Olimpik warga China yang tertua. Pada awal tahun ini, Wang Yifu dilantik sebagai ketua jurulatih pasukan menembak kebangsaan China. Wang Yifu dan para atletnya berazam mencapai kejayaan dalam Sukan Olimpik Beijing 2008.

China sudah mencapai banyak kejayaan dalam acara menembak. Dalam Sukan Olimpik Los Angles 1984, atlet China Xu Haifeng telah menjadi johan dalam acara menembak dan ini merupakan pingat emas pertama yang diraih oleh China dalam sukan Olimpik. Pasukan menembak kebangsaan China telah meraih 4 pingat emas untuk China dalam Sukan Olimpik Athens 2004.

Dalam pasukan menembak kebangsaan China, Wang Yifu merupakan atlet yang terkenal. Semasa Xu Haifeng meraih pingat emas pertama Sukan Olimpik untuk China pada tahun 1984, Wang Yifu yang hanya berumur 24 tahun telah mendapat tempat ketiga dalam acara yang sama. 8 tahun selepas itu, Wang Yifu pertama kali meraih pingat emas dalam Sukan Olimpik Barcelona. Pada tahun 1996 dan tahun 2000, beliau telah meraih pingat perak dalam Sukan Olimpik Atlanta dan Sukan Olimpik Sydney. Pada tahun 2004, Wang Yifu kali ke-6 menyertai Sukan Olimpik dan sekali lagi menjadi johan.

Semasa menyentuh tentang kejayaannya, Wang Yifu berkata, "kejayaan acara menembak China bukan jasa saya sahaja, dan kejayaan it adalah hasil usaha pelbagai peringkat pemimpin, atlet dan jurulatih di China. Kejayaan saya dalam Sukan Olimpik hanya menunjukkan taraf kemahiran atlet menembak China."

Oleh sebab Beijing akan menganjurkan Sukan Olimpik 2008, pasukan menembak China setelah Sukan Olimpik Athens berakhir telah aktif mengadakan penyusunan semula dan persiapan untuk mencapai kejayaan dalam Sukan Olimpik Beijing. Setelah tawaran dibuka, Wang Yifu dilantik sebagai ketua jurulatih pasukan menembak kebangsaan China, beliau di samping menyertai pertandingan Sukan Olimpik Beijing kali ke-7, juga akan berkongsi pengalamannya yang sangat berharga kepada atlet muda China.

Beliau berkata, "rakyat China menaruh harapan tinggi kepada kami untuk mencapai kejayaan dalam Sukan Olimpik Beijing 2008, tekanan kami sangat berat. Kami bercita-cita mencapai kejayaan dalam Sukan Olimpik Beijing 2008."

Setelah menyandang jawatan ketua jurulatih pasukan menembak kebangsaan China, Wang Yifu di samping mengekalkan tradisi yang baik, juga aktif mengadakan pembaharuan. Pertama, beliau menubuhkan jawatankuasa atlet, memberi peluang kepada atlet untuk menyatakan pandangan mereka. Wang Yifu menyatakan, sebarang keputusan yang dibuat oleh pasukan menembak, mereka akan terlebih dahulu mendapatkan pandangan jawatankuasa atlet, para atlet boleh menyertai pentadbiran pasukan.

Di samping itu, Wang Yifu juga mengundang ramai atlet menembak veteran yang pernah mencapai kejayaan dalam Sukan Olimpik untuk memberi bimbingan kepada atlet muda, mereka bersama-sama mengadakan persiapan untuk mencapai kejayaan dalam Sukan Olimpik Beijing 2008. Wang Yifu berkata, "atlet China seperti Li Duihong dan Zhangshan mempunyai taraf kemahiran yang tinggi, mereka rajin berlatih dan mencapai kejayaan secara berterusan. Saya berharap mereka boleh memberi panduan dan menggalakkan atlet muda, bersama-sama mencapai kejayaan."

Setelah Wang Yifu mula berlatih menembak pada tahun 1977, beliau telah menceburkan diri dalam bidang tersebut selama 28 tahun.

Semasa menyingkap kembali peristiwa itu, Wang Yifu menyatakan, "saya sudah menceburkan diri dalam acara menembak selama lebih 20 tahun, saya telah mencapai kejayaan dalam bidang tersebut. Kalau seseorang ingin mencapai kejayaan, dia harus rajin berusaha."

----Andika