Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-03-17 10:21:08    
Kerjasama Pertanian Guangxi-ASEAN

CRI

Keanggotaan China dalam WTO dan pemeteraian "Perjanjian Rangka Kerjasama Ekonomi Menyeluruh China-ASEAN" telah memainkan peranan yang penting dalam pertumbuhan ekonomi China dan juga memberi kesan yang positif pada jangka panjang terhadap pertumbuhan ekonomi khususnya sektor pertanian Wilayah Autonomi Etnik Zhuang Guangxi China.

Pada lebih 10 tahun yang lalu, pertanian di kawasan subtropika Guangxi telah mencapai kemajuan, industri perikanan, buah-buahan dan sayur-sayuran pada musim sejuk, ternakan, buah-buahan kawasan subtropika telah menggantikan industri bahan makanan dan gula menjadi industri utama. Setelah China menganggotai WTO dan Zon Perdagangan Bebas China-ASEAN ditubuhkan, keunggulan Guangxi dalam sumber subtropika akan menghadapi cabaran, tetapi beberapa industrinya yang lain juga mempunyai peluang perkembangan.

Kerjasama pertanian Guangxi-ASEAN merupakan sebahagian daripada pembangunan Zon Perdagangan Bebas China-ASEAN, kerjasama tersebut boleh mengembangkan industri yang lain seperti industri makanan dan industri ringan. Pertukaran, persefahaman dan kepercayaan antara kedua-dua pihak tersebut boleh ditingkatkan melalui kerjasama tersebut. Ini boleh menyediakan suasana jiran bersahabat dan mengeratkan hubungan antara China dan ASEAN.

Sempadan Guangxi-Vietnam sepanjang 637 kilometer, terdapat 4 jabatan kastam peringkat kebangsaan di kawasan sempadan tersebut. Produk China boleh memasuki pasaran ASEAN melalui Vietnam.

Kerjasama pertanian Guangxi-Vietnam mempunyai dasar dan syarat yang baik.

Guangxi merupakan satu-satunya provinsi China yang mempunyai laluan darat serta laluan laut dengan negara anggota ASEAN. Sekarang, jaringan pengangkutan darat, laut dan udara antara Guangxi dan ASEAN sudah diwujudkan. Kerajaan pusat China dan kerajaan tempatan Guangxi telah menyediakan peruntukan sebanyak lebih 120 bilion yuan RMB untuk pembinaan kemudahan infrastruktur sejak tahun 1992. Banyak barangan China yang dieksport ke negara anggota ASEAN khususnya ke Vietnam dihantar melalui Guangxi, serentak itu, banyak barangan ASEAN yang dieksport ke China juga dihantar melalui laluan laut dan darat di Guangxi. Kedudukan Guangxi sebagai pusat pengedaran barangan semakin hari semakin penting.

Iklim yang sesuai telah menyediakan syarat yang baik kepada Guangxi untuk mengeluarkan produk yang istimewa, bahan galian yang kaya, sumber pelancongan yang menarik, sumber air yang banyak merupakan kelebihan Guangxi.

Adat resam dan cara pengeluran pertanian Guangxi dan negara-negara ASEAN yang berjiran dengannya mempunyai banyak persamaan, masa depan kerjasamanya sangat cerah.

Guangxi menikmati banyak dasar keutamaan daripada kerajaan pusat China, termasuk dasar keutamaan kepada provinsi yang terletak di tepi laut, dasar keutamaan dalam pembangunan bahagian barat serta dasar autonomi etnik. Dasar tersebut boleh mengurangkan kos pelabur dan menjadikan Guangxi sebagai tempat menarik dalam Zon Perdagangan Bebas China-ASEAN. Sekarang, Guangxi sedang berusaha mengubah dasar keutamaan tersebut menjadi kelebihan daya saing dan ekonomi.

Kerjasama pertanian Guangxi-ASEAN mempunyai dasar yang kukuh dan syarat yang baik, kerjasama tersebut melibatkan pelbagai kalangan dalam sektor pertanian.

ASEAN merupakan rakan perdagangan yang paling besar kepada Guangxi pada 5 tahun kebelakangan ini, eksport buah-buahan dan sayur-sayuran meningkat paling pesat dalam eksport Guangxi ke ASEAN. Pada tahun 2003, hasil pertanian menempati 30% eksport Guangxi ke ASEAN.

Punca peningkatan besar-besaran perdagangan buah-buahan dan sayur-sayuran antara Guangxi dan ASEAN ialah tarif barangan tersebut menurun secara besar-besaran setelah China menganggotai WTO serta China dan Thailand mengamalkan dasar bebas cukai dalam perdagangan buah-buahan dan sayur-sayuran.

Pada tahun-tahun kebelakangan ini, kerjasama pertanian antara Guangxi dengan Thailand, Vietnam, Filipina, Malaysia dan Singapura telah mencapai kejayaan.

Pada 7 April 2004, Jabatan Pertanian Guangxi telah memeterai perjanjian kerjasama dengan delegasi pertanian Vietnam dan Laos, untuk meningkatkan kerjasama sains dan teknologi pertanian antara satu sama lain. Berdasarkan perjanjian tersebut, Guangxi akan menyediakan benih baru padi kacukan kepada Vietnam dan menyediakan latihan kepada pekerja Vietnam, selanjutnya meningkatkan pertukaran maklumat dalam internet. Guangxi juga akan memberi benih jenis baru dan menghantar pakar ke Laos, mengembangkan industri pertanian di negara itu.

Universiti Guangxi telah menyediakan latihan kepada tenaga profesional sektor pertanian ASEAN, kebanyakan penuntut tersebut adalah dari Vietnam, Thailand dan Myanmar.

----Andika