Menurut Harian Renminribao, Jabatan Am Perlindungan Alam Sekitar China semalam di Beijing mengumumkan tema Hari Alam Sekitar China Sedunia tahun ini, iaitu "Setiap Orang Menyertai Pembangunan Kampung Halaman Hijau".
Dimaklumkan, Program Alam Sekitar PBB telah menetapkan tema Hari Alam Sekitar Sedunia 2005 ialah "Membangunkan Bandar Hijau, Memelihara Bumi Kita". Untuk selaras dengan tema PBB dan memperlihatkan tindakan dan keazaman kerajaan dan rakyat China untuk membangunkan kampung halaman hijau dan masyarakat harmonis, Jabatan Am Perlindungan Alam Sekitar China telah menetapkan tema tersebut sempena sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia.
|