Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-03-18 16:08:20    
Pelayaran Laksamana Cheng Ho Memberi Pengaruh Mendalam kepada Melaka

Agensi Berita China

Antara tujuh kali pelayaran Laksamana Cheng Ho mengetuai armadanya ke Asia dan Afrika pada kira-kira 600 tahun yang lalu, beliau pernah lima kali singgah di Melaka. Setiap kali Cheng Ho sampai ke Melaka, beliau dan pengiringnya akan tinggal di rumah tetamu di atas Bukit Cina. Semasa armada Laksamana Cheng Ho berada di kawasan perairan Melaka, mereka tidak pernah menjajah seinci pun wilayah Melaka, malah tidak pernah merampas satu pun harta benda penduduk tempatan. Mereka merupakan utusan pengaman yang sebenar.

Cheng Ho pernah meiringi Sultan dan pembesar Melaka menghadap maharaja China pada masa itu sehingga baginda selamat kembali ke Melaka. Beliau juga menyumbang jasa baik membantu Sultan Melaka pada masa itu mehalang serangan tentera negeri jiran. Ini telah menyediakan asas yang kukuh kerajaan Melaka.

Patung Cheng Ho dalam Muzium Sejarah Melaka.

Jasa baik Cheng Ho juga tercatat dalam Sejarah Melayu. Hari ini, di Melaka, kita boleh menyaksikan Pameran Cheng Ho yang menceritakan sejarah Cheng Ho di Melaka. Opera tentang cerita Puteri Hang Li Po berkahwin dengan Sultan Muhammad Shah dalam bahasa Mandarin, Melayu dan Inggeris telah mendapat sambutan yang baik.

Penduduk Melaka sangat menghormati Cheng Ho. Legenda tentang Cheng Ho diceritakan di sana sejak turun-temurun.

Dengan kepakaran dalam bidang ketenteraan, Cheng Ho pernah membantu penduduk dan askar Melaka membina tembok kota Melaka yang mempunyai empat pintu kawalan keluar masuk di bahagian timur, barat, selatan dan utara kota tersebut. Beliau juga membantu penduduk tempatan menubuhkan mekansime keselamatan dan menghantar askar meronda untuk menjaga keselamatan pada sebelah malam. Selepas itu, penduduk Melaka telah menikmati kehidupan yang aman damai dalam tempoh lebih seratus tahun.

Kota purba di Melaka

Cheng Ho menjadikan pangkalan di Bukit Cina Melaka sebagai tempat menyimpan bahan makanan dan barangan. Beliau juga telah menggali perigi Hang Li Po di Melaka dan menjadikan Melaka sebagai pelabuhan perdagangan utama yang menghubungkan Timur dan Barat. Sejak itu, Melaka berkembang menjadi kota yang makmur di Asia Tenggara.

Ketua Menteri Melaka sekarang, Datuk Seri Hj. Mohd. Ali bin Mohd Rustam pernah berkata, jasa baik Laksamana Cheng Ho telah menjadikan Melaka yang wilayahnya begitu kecil pada masa dahulu menjalinkan hubungan diplomatik yang kukuh dengan kerajaan Dinasti Ming pada masa itu. Beliau menyatakan, persinggahan armada Cheng Ho di Melaka telah memberi pengaruh yang mendalam kepada Malaysia dan penduduk Melaka dan telah memperkaya kebudayaan Melaka.