Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-03-21 11:48:32    
China Tingkatkan Pengesahan Makanan Ternakan

CNR

Sejak kerajaan China mengamalkan dasar pembaharuan dan buka pintu, pasaran perdagangan antarabangsa meningkatkan tuntutan terhadap kualiti, kesihatan dan keselamatan barangan keluaran ternakan China serta standard sisa-sisa bahan racun termasuk ubat ternakan dan antibiotic. Seiring dengan peningkatan taraf hidup rakyat China, keselamatan dan kualiti makanan keluaran ternakan termasuk daging, telur dan susu semakim menarik perhatian orang ramai. Khususnya pada tahun-tahun kebelakangan ini, disebabkan berlakunya kejadian yang mengancam kesihatan dan nyawa manusia seperti dioxin, penyakit lembu gila, keselamatan makanan ternakan menjadi fokus sejagat.

Suruhanjaya Pengikhirafan dan Penyeliaan China dan Kementerian Pertanian China baru-baru ini menyatakan akan membentuk sistem penilaian keseslamtan kualiti makanan ternakan dan mendorong pembangunan projek keselamatan makanan ternakan dan meningkatkan kerjasama dalam bidang pengesahan.

Industri makanan ternakan merupakan asas perkembangan perusahaan penternakan moden, keselamatan makanan ternakan merupakan jaminan keselamatan barang keluaran ternakan dan bersangkut paut erat dengan taraf hidup dan kesihatan manusia. Sehubungan dengan itu, pencemaran terhadap barang keluaran ternakan harus dikawal dan dikurangkan.

Menurut maklumat, usaha pengesahan makanan ternakan dilaksanakan dengan lancar di China. Setakat akhir tahun 2004, lebih 100 perusahaan pengeluar makanan ternakan di 17 provinsi dan bandar telah memohon untuk menjalankan pengesahan di China. Setakat bulan Mac tahun ini, barang keluaran berkaitan yang dihasilkan oleh sebanyak 50 perusahaan pengeluar makanan ternakan telah mendapat surat pengesahan makanan ternakan.

Pada masa ini, sistem yang lengkap telah dibentuk dalam bidang industri makanan ternakan di China, sistem itu melibatkan industri pemprosesan makanan ternakan, industri bahan tambahan makanan ternakan, industri bahan mentah makanan ternakan dan lain-lain. Jumlah pengeluaran makanan ternakan China menduduki tempat kedua di dunia. Industri makanan ternakan telah menjadi perusahaan asas penting dalam ekonomi nasional China.