Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-03-21 13:50:11    
Perancis akan Menerima 50 Pelajar China Mengikuti Kursus Sains Prauniversiti Setiap Tahun

Agensi Berita Xinhua China

Menurut Agensi Berita Xinhua China baru-baru ini, Kementerian Pendidikan Perancis dan Persatuan Pengetua Sekolah Menengah Kursus Prauniversiti Perancis memaklumkan di Paris pada 2 Februari bahawa mulai tahun 2005, Perancis akan menerima 50 orang lulusan sekolah menengah China mengikuti kursus sains Prauniversiti selama 2 tahun di 17 buah sekolah menengah yang terkenal di Perancis. Matlamatnya adalah untuk membuat persiapan menduduki ujian kelayakan memasuki universiti di negara itu.

Dalam sidang akhbar yang diadakan oleh Sekolah Menengah Raja Louis yang terkenal di Perancis, Pengetua sekolah tersebut yang juga Pengerusi Persatuan Sekolah Menengah Kursus Prauniversiti Perancis Encik Valla memaklumkan, pada tahun 1999, Sekolah Menengah Raja Louis menerima pelajar China kumpulan pertama dari Bandar Nanjing China. Kejayaan pendidikan yang dicapai oleh mereka amat mengejutkan sekolah menengah dan universiti di Perancis. Kemudiannya, Kementerian Pendidikan dan Kementerian Luar Perancis mulai bekerjasama dengan China dan menetapkan secara rasmi projek menerima pelajar China mengikuti kursus Prauniversiti di Perancis setiap tahun.

Encik Valla memaklumkan bahawa pada tahun 2004, projek tersebut telah mulai dilaksanakan di Bandar Shanghai, Nanjing dan Wuhan China dan juga akan dilaksanakan di Bandar Beijing, Guangzhou, Chengdu dan Xian pada masa akan datang.

Pada tahun 2004, seramai 30 orang pelajar China telah lulus ujian kelayakan yang ketat, dan seterusnya mengikuti latihan jangka pendek dalam subjek bahasa Perancis, matematik dan fizik. Pada masa ini, mereka sedang belajar dan tinggal di 12 sekolah menengah yang terkenal di Perancis.

Duta Besar China di Perancis Encik Zhao Jinjun berkata, projek kursus Prauniversiti sekolah menengah Perancis menerima pelajar China merupakan satu contoh yang baik dalam kerjasama pendidikan China-Perancis. Tambah beliau, hubungan China-Perancis sedang berada dalam peringkat yang baik. Pada tahun 2004, presiden kedua-dua negara telah saling melawat negara satu sama lain, kedua-dua negara China dan Perancis saling mengadakan aktiviti Tahun Kebudayaan sehingga amat meningkatkan persefahaman dan persahabatan antara rakyat kedua-dua negara dan meningkatkan kerjasama secara menyeluruh.

Perkembangan hubungan rakan strategik China-Perancis secara menyeluruh memerlukan lebih ramai tokoh yang berkemampuan menguasai bahasa China dan Perancis dan mengetahui keadaan negara kedua-dua pihak.

Para pengetua sekolah menengah Perancis yang menghadiri sidang akhbar tersebut menyatakan bahawa pelajar China yang memulakan pembelajaran dalam kursus Prauniversiti sains Perancis mencapai kejayaan besar, dan menduduki tempat terdepan dalam ujian. Mereka rajin belajar, berkemampuan menjaga diri sendiri dan merupakan contoh yang baik bagi pelajar Perancis.

Kursus prauniversiti adalah salah satu komponen istimewa dalam sistem pendidikan universiti di Perancis. Pada setiap tahun, terdapat kira-kira 10% lulusan sekolah menengah Perancis layak mengikuti kursus tersebut. Ia bermakna bahawa mereka mengetepikan peluang belajar di universiti biasa, mengikuti kursus prauniversiti yang lebih hebat persaingannya. Tujuan mereka adalah untuk menyertai ujian kelayakan ke universiti terkenal 2 tahun selepas itu.

Kebanyakan tokoh profesional Perancis pernah mengikuti pengajian di universiti seumpama itu antaranya jurutera, sarjana, kakitangan kanan kerajaan, ahli sains, ahli politik dan usahawan yang terkenal.

Pelajar China yang sedang mengikuti pengajian di Perancis berjumlah kira-kira 20 ribu orang.

----AZMI