Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-03-21 14:00:39    
Pengenalan tentang Petani Tibet Bergantung kepada Penternakan Lembu Susu Menjadi Kaya

Agensi Berita Xinhua China

Pada beberapa tahun kebelakangan ini, kerajaan pelbagai peringkat Wilayah Autonomi Tibet China menumpukan perhatian terhadap peningkatan pendapatan petani dan penggembala, dan giat menjana penternakan di pinggir bandar. Terdapat semakin ramai petani bergantung kepada penternakan lembu susu menjadi kaya.

Sidang Kerja Kawasan Pertanian dan Penternakan Tibet telah diadakan di pangkalan penternakan lembu susu Pekan Najin, Daerah Chengguan, bandar Lhasa, ibu kota Wilayah Autonomi Tibet baru-baru ini. Seramai ratusan pegawai yang menangani urusan pertanian di Tibet bersungguh-sungguh membincangkan pelbagai topik termasuk "cara perkembangan industri penternakan di pinggir bandar" dan "bagaimana meningkatkan pendapatan kaum petani dan penggembala".

Gesangpingcuo, petani Kampung Zangre Pekan Najin berkata, "kerajaan mengadakan sidang di kandang lembu mencerminkan mereka mengambil berat kepentingan rakyat, dan kami harus bersungguh-sungguh mengurusniaga penternakan lembu susu."

Ketika mewawancara di pelbagai tempat di Tibet termasuk bandar Lhasa dan Pekan Zedang, wartawan Agensi Berita Xinhua China mendapati bahawa setelah mengetahui pasaran bandar dan pekan mempunyai permintaan besar terhadap hasil susu, petani dan penggembala tempatan berturut-turut memulakan penternakan lembu susu.

Gesangpingcuo, petani Tibet yang menternak lembu susu menjelaskan bahawa pada tahun 1970-an, kami biasanya berpuas hati jika seekor lembu susu dapat mengeluarkan sebanyak 1.5 kilogram susu setiap hari. Pada masa ini, lembu susu baka baru boleh mengeluarkan susu sebanyak lebih 15 kilogram setiap hari." Pada masa dahulu, keluarga Gesangpingcuo hanya menanam gandum dan barli. Pada masa ini, beliau menanam sayur-sayuran yang boleh membawa keuntungan yang lebih tinggi, dan serentak itu, beliau juga memelihara 7 ekor lembu susu.

Untuk meningkatkan sokongan terhadap kawasan pertanian dan penternakan, kerajaan Tibet telah memperuntukkan lebih 29.8 juta Yuan RMB terhadap projek pengkajian sains pertanian dan penternakan tahun lalu. Mereka berjaya melaksanakan 41 buah projek kajian sains pertanian dan penternakan peringkat negara atau wilayah autonomi termasuk "Penternakan Pangkalan Lembu Susu Contoh Daerah Chengguan Lhasa" dan "Kajian Contoh Penggunaan Teknologi Pembiakan Yak", menghasilkan baka baru lebih 30,000 ekor lembu susu, 40,000 ekor biri-biri dan mempopularkan ternakan unggul sebanyak 2,500 ekor.

Pada masa ini, di Daerah Chengguan Lhasa sahaja, terdapat lebih 8,200 ekor lembu susu baka baru, dan lebih 700 keluarga penternak lembu susu seumpama Encik Gesangpingcuo. Mereka berkemampuan menyediakan bekalan susu segar sebanyak 3.55 juta kilogram untuk pasaran Lhasa setiap tahun, dan pendapatan bersih perkapita petani tempatan mencapai lebih 3,600 Yuan RMB.

Naib Setiausaha Tetap Wilayah Autonomi Tibet Parti Komunis China Xu Mingyang berkata, "Penternakan Tibet khususnya penternakan di pinggir bandar dan pekan mempunyai potensi yang besar, tetapi sekarang masih belum berkembang secara besar-besaran."

Dimaklumkan bahawa kerajaan Tibet akan mengutamakan sektor penternakan dalam penyusunan semula struktur ekonomi kawasan pertanian dan penternakan, dan berusaha membangunkan industri penternakan sebagai industri utama.

Pada beberapa tahun kebelakangan ini, industri penternakan Tibet mulai berkembang, dan terdapat semakin banyak perusahaan pemprosesan susu dan hasil ternakan ditubuhkan di Tanah Tinggi Tibet. Produk mereka mulai laris dijual di pasaran.

----AZMI