Ketua Pengarah Jabatan Perhutanan China Encik Zhou Xiansheng di Beijing baru-baru ini mengumumkan, kerajaan China telah memperuntukkan sebanyak 7.5 bilion yuan RMB dalam tempoh 5 tahun akan datang untuk melindungi kawasan paya di Dataran Tinggi Qinghai-Tibet. Disebabkan Dataran Tinggi Qinghai-Tibet merupakan punca sungai utama di China dan Asia Tenggara, sehubungan itu pembentukan kawasan perlindungan paya tersebut amat penting bagi melindungi ekologi alam sekitar China dan beberapa negara di Asia Tenggara.
Paya merupakan sistem ekologi alam sekitar semulajadi. Kawalan paya meliputi paya berumput, tasik, sungai dan lain-lain, telah memanikan peranan penting memelihara peredaran air, kepelbagaian binatang dan tumbuh-tumbuhan. Sejak tahun 1997, Antarabangsa Paya – pertubuhan antarabangsa melindungi paya yang terkenal menetapkan 2 Febuari setiap tahun sebagai "Hari Paya Sedunia" untuk menarik perhatian orang ramai terhadap sistem ekologi alam sekitar.
Ketua Pengarah Jabatan Perhutanan China Encik Zhou Xiansheng menyatakan, dataran tinggi merupakan punca 3 sungai utama China iaitu Sungai Yangtze, Sungai Kuning dan Sungai Lancang. Sungai Lancang mengalir melalui beberapa negara Asia Tenggara seperti Laos, Myanmar, Vietnam dan Kemboja, sehubungan dengan itu, menubuhkan kawasan perlindungan paya di dataran tinggi itu bukan sahaja amat penting bagi melindungi ekologi alam sekitar di China, tetapi juga di negara-negara Asia Tenggara tersebut. Beliau berkata,
"Dewan Negara China meluluskan rancangan pembentukan kawasan perlindungan alam punca Sungai Yangtze, Sungai Kuning dan Sungai Lancang untuk melindungi paya. Kerajaan China menetapkan akan memperuntukkan sebanyak 7.5 bilion yuan RMB untuk melindungi kawasan tersebut."
Berdasarkan maklumat, kawasan perlindungan paya ditubuhkan di Provinsi Qinghai di barat laut China, keluasannya melebihi 150 ribu kilometer persegi dengan penduduk seramai 220 ribu orang. Pembangunan kawasan itu mengutamakan perlindungan dan pemulihan fungsi ekologi alam sekitar paya, pelbagai tindakan seperti memindahkan penduduk, membimbing petani dan penggembala menghentikan penerokaan paya untuk membolehkan ekologi alam sekitar di kawasan itu dipulihara dengan sempurna.
Keluasan kawasan paya di China mencatat lebih 36 juta hektar, menduduki tempat keempat di dunia. Walaupun 40% paya dilindungi dengan berkesan pada masa ini, akan tetapi, kesedaran orang ramai untuk melindungi paya masih rendah peruntukan kerajaan untuktujuan itu juga masih kurang cukup.
Encik Zhou Xiansheng menyatakan, kerajaan China telah menetapkan akan memperuntukkan sejumlah besar dana untuk melindungi kawasan paya di Dataran Tinggi Qinghai-Tibet, ini menandakan tugas tersebut telah disenaraikan dalam agenda penting kerajaan dan ini bermanfaat bagi menarik perhatian orang ramai terhadap usaha perlindungan paya. Beliau berkata,
"Disebabkan kerajaan menumpukan perhatian, usaha perlindungan paya akan dapat dilaksanakan dengan lebih sempurna. Kami telah mengadakan kajian dan peraturan yang menyeluruh terhadap tugas perlindungan paya pada masa depan. Kami akan melindungi dengan berkesan 60% kawasan paya pada tahun 2010; melindungi 70% ke atas kawasan paya pada tahun 2020, agar membentuk sistem jaringan perlindungan paya yang lengkap."
----Ching
|