Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-03-23 14:02:06    
China Berjaya Pulihkan Ekologi dalam Usaha Pulihara Air dan Tanah

Harian Renmin Ribao

Menurut Harian Renminribao China, pemberita dimaklumkan oleh Kementerian Sumber Air semalam bahawa menerusi usaha beberapa tahun lalu, usaha pemulihan ekologi dalam usaha memulihara air dan tanah telah mencapai kejayaan.

Langkah memulihkan ekologi untuk memulihara air dan tanah termasuk melarang penternakan di gunung dan melaksanakan kawalan yang ketat di kawasan pergunungan. Dengan adanya usaha itu, sistem ekologi di kawasan itu tidak akan terjejas oleh aktiviti manusia dan dapat dipulihkan.

Difahamkan, selain usaha memulihkan ekologi alam sekitar, China juga akan melaksanakan pelbagai program untuk membantu dan mempercepat proses pemulihan ekologi di negara ini supaya resapan air dan hakisan tanah dapat dikawal.