|
Menurut Akhbar Harian China, kerajaan Indonesia hari ini menyatakan bahawa Indonesia tidak akan bertolak ansur kepada Malaysia dalam perselisihan hak milik perairan dan bersedia menyelesaikan masalah tersebut melalui rundingan.
Berdasarkan laporan Reuters, pegawai kedua-dua negara mengadakan rundingan tertutup selama dua hari semalam dan hari ini. Selepas rundingan tesebut, Menteri Luar Indonesia, Hassan Wirayuda menyatakan kepada pihak media bahawa Indonesia mengekalkan pendirian sendiri dan tidak akan bertolak ansur. Beliau menyatakan rundingan tersebut diadakan dalam suasana yang bersahabat. Beliau juga mendedahkan bahawa kedua-dua pihak akan mengadakan rundingan sekali lagi di Malaysia pada awal Mei.
|