Menurut berita BERNAMA, Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata, Malaysia berharap Korea Utara akan kembali kepada meja rundingan "Perbincangan Enam Pihak" untuk berbincang mengenai program nuklearnya.
Syed Hamid berkata adalah penting agar isu itu diselesaikan melalui dialog.
Syed Hamid berkata masalah itu memberi kesan bukan hanya kepada Semenanjung Korea, tetapi juga seluruh rantau berkenaan.
Beliau menegaskan, adalah penting bagi semua pihak terbabit, bekerjasama mencari penyelesaian terhadap isu yang membimbangkan masyarakat antarabangsa itu.
Beliau turut berkata sebarang usaha untuk menyalahkan antara satu sama lain, tidak akan membawa sebarang kebaikan atau membantu untuk menyelesaikan masalah.
|