Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-03-24 20:27:44    
Bersama-sama Teroka Sungai Lancang-Mekong, Capai Perkembangan Berterusan di Kawasan Pengairan Sungai Itu

CRI

Sungai Lancang-Mekong merupakan sungai ke-6 terbesar di dunia, sungai itu bermula dari Gunung Tanggula di Dataran Tinggi Qinghai-Tibet, China. Aliran sungai tersebut di wilayah China dikenali sebagai Sungai Lancang. Sungai itu melalui Qinghai, Tibet dan Yunnan di wilayah China serta Myanmar, Laos, Thailand, Kemboja, Vietnam dan akhirnya mengalir ke Laut China Selatan, sungai itu dipanggil Sungai Mekong di Asia Tenggara. Kawasan aliran sungai itu bersejarah lama, sumbernya sangat kaya dan mempunyai pasaran yang besar.

Kerjasama untuk meneroka Sungai Lancang-Mekong antara China dan pelbagai negara Asia Tenggara di kawasan alirannya mencapai kemajuan besar pada tahun 1990-an, kerjasama tersebut telah menarik perhatian masyarakat antarabangsa. Setelah memasuki abad baru, pembangunan sosioekonomi dan pemuliharaan ekologi alam sekitar di kawasan aliran sungai itu bertambah baik dan merupakan hasrat bersama rakyat pelbagai negara di sepanjang aliran sungai tersebut. Anggota Majlis Permesyuaratan Politik Rakyat China, bekas Ketua Pengarah Jabatan Hal-Ehwal Laut China Liu Dehong berkata, "Sungai Lancang-Mekong sepanjang 4880 kilometer, sumber airnya sangat strategik, lokasinya sangat baik, meneroka secara rasional dan saintifik sungai itu akan mendorong pertumbuhan ekonomi di pelbagai negara di kawasan aliran sungai tersebut."

China menganggap Sungai Lancang-Mekong sebagai jambatan yang menghubungkan rakyat di pelbagai negara di kawasan aliran sungai itu. China sentiasa mementingkan penerokaan dan kemajuan sektor perkapalan di sungai tersebut. Sejak China, Laos, Myanmar dan Thailand secara rasmi mewujudkan sektor perkhidmatan perkapalan pada Jun 2001, kerajaan China berusaha memperbaiki kemudahan perkapalan di sungai itu. Sekarang, penghantaran kargo antara pelbagai pelabuhan di Sungai Lancang-Mekong sudah lebih mudah. Liu Dehong berkata, "Setelah mewujudkan sektor perkapalan, perdagangan antara pelbagai negara di aliran Sungai Lancang-Mekong menjadi lebih mudah. Misalnya, Myanmar, Laos, Thailand dan Vietnam banyak mengeluarkan buah-buah kawasan tropika dan getah, China mengeluarkan hasil pertanian, sekarang, perdagangan barangan tersebut antara pelbagai negara menjadi lebih mudah."

Perkapalan antarabangsa Sungai Lancang-Mekong bukan sahaja mendorong pertumbuhan ekonomi di kawasan pengairan sungai itu, tetapi juga memberi dinamik terhadap perkembangan ekonomi dan budaya negara jiran seperti Myanmar, Laos dan Thailand. Liu Dehong berkata, "Setelah mewujudkan perkhidmatan perkapalan, ekonomi di pelbagai negara di kawasan pengairan sungai itu juga mula berkembang pesat, rakyat di kawasan tersebut telah mendapat faedah dan taraf hidup mereka telah meningkat."

Berdasarkan statistik, jumlah pekerja dalam sektor perkapalan di kawasan itu sudah meningkat kepada lebih 10 ribu orang daripada beberapa ratus orang pada awal tahun 1990-an.

Sungai Lancang-Mekong menghubungkan destinasi pelancongan di Asia Tenggara dan China, oleh sebab itu, pembangunan sungai itu akan mendorong perkembangan sektor pelancongan di kawasan tersebut. Liu Dehong berkata, "Kawasan pengairan Sungai Lancang-Mekong sangat kaya dengan sumber biologi dan adat resam pelbagai suku bangsa. Beberapa puluh suku bangsa yang tinggal di kawasan tersebut mempunyai bahasa dan tulisan yang hampir sama, tetapi mereka mempunyai adat resam dan budaya yang berbeza. Kalau kita melindungi dan meneroka budaya tersebut, budaya itu akan berkembang pesat dan mendorong kerjasama, pertukaran dan persahabatan antara pelbagai negara di kawasan itu."

Kawasan Pengairan Sungai Lancang-Mekong kaya dengan tumbuh-tumbuhan dan haiwan liar yang hampir pupus. China sentiasa mempertahankan dasar melindungi ekologi alam sekitar di kawasan itu dan berusaha menwujudkan pembangunan secara berterusan. Liu Dehong berkata, "Pembangunan dan penerokaan kawasan itu tidak boleh menjejaskan ekologinya. Semasa kita melaksanakan projek pembangunan, kita harus melindungi binatang liar, alam sekitar, tumbuh-tumbuhan dan lain-lain."

----Andika