Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-03-24 20:37:26    
Beijing Berusaha Tingkatkan Kesedaran Sivik Warga Kota?Jayakan Sukan Olimpik 2008

CRI

Beijing yang semakin hari semakin maju sedang aktif mengadakan persiapan untuk menjayakan Sukan Olimpik. Sebagai sebuah bandar raya moden, penduduk Beijing berfikiran terbuka dan sangat mesra, tetapi tahap kesedaran sivik sebahagian warga kota Beijing masih rendah, seperti berdahak di kaki lima jalan, tidak berbaris semasa menaiki bas awam, tidak berbaris semasa memasuki lif dan lain-lain. Sekarang, kerajaan bandar Beijing sedang mengadakan aktiviti untuk meningkatkan tahap kesedaran sivik penduduknya.

Pada penghujung tahun 2004, kerajaan Beijing memutuskan mengadakan aktiviti untuk meningkatkan tahap kesedaran sivik penduduknya selama setahun pada tahun 2005. Sekarang, aktiviti tersebut telah dilaksanakan selama 3 bulan, Ketua Pengarah Jabatan Suruhanjaya Pembangunan Etika Beijing yang bertanggungjawab terhadap aktiviti tersebut, Zhang Huiguang menyatakan, "Tahap kesedaran sivik penduduk Beijing telah ditingkatkan secara berterusan. Berbanding bandar raya metropolitan yang lain, tahap kesedaran sivik penduduk Beijing masih rendah, penduduk Beijing masih kurang memberi perhatian atau mengetahui tentang beberapa perkara dalam tatatertip dan tatasusila. Kami mengadakan aktiviti kempen, mengajar tatatertip dan tatasusila kepada warga kota, agar dapat meningkatkan pembangunan rohani penduduk Beijing.

Aktiviti tersebut melibatkan 6 perkara, iaitu tatatertip, tatasusila, tatatertip di stadium, tempat awam, sekolah dan berurusan dengan tetamu asing, mengemukakan satu tema dalam dua bulan. Tindakan aktiviti tersebut termasuk meningkatkan pengetahuan ilmu etika, dengan mengedarkan bahan audio dan video tentang kesedaran sivik, dan mengadakan ceramah tatasusila, tindakan kedua ialah meningkatkan kempen melalui media massa, memberi teguran terhadap tingkah laku yang tidak sopan.

Setelah memasuki bulan Mac, tata susila merupakan fokus dalam aktiviti tersebut. Pelbagai media massa Beijing terutamanya membincangkan masalah berbaris semasa menaiki bas awam. Mahasiswa Universiti Rakyat China Zheng Min menyatakan, perbincangan tentang masalah tersebut sangat mustahak. Jumlah penduduk Beijing akan mencapai lebih 13 juta orang, Beijing sentiasa mengalami masalah kesesakan jalan raya. Pada waktu pagi dan selepas waktu kerja, semua orang tidak ingin menunggu bas terlalu lama dan semua orang berharap mendapat tempat duduk di dalam bas, tetapi ini tidak boleh menjadi alasan kepada orang ramai mengabaikan kesedaran sivik. Beliau berkata, "Masalahnya ialah kurang kesedaran sivik, kita seharus berbaris semasa menaiki bas awam, orang yang tidak mengikuti peraturan dianggap tidak bersopan. Sempena Beijing mengadakan Sukan Olimpik, ramai tetamu asing akan menaiki bas awam, saya berharap tindakan yang kurang sopan itu jangan berlaku lagi, penduduk Beijing harus bertolak ansur semasa menaiki bas awam."

Selain masalah menaiki bas awam, media massa juga menyeru penduduk Beijing jangan berdahak dan membuang sampah di merata tempat.

Di samping aktif mempopularkan pengetahuan ilmu etika, kerajaan Beijing juga memperkenalkan pengetahuan tata susila kepada penduduk Beijing. Misalnya bagaimana menghadiri majlis konsert dengan cara yang betul. Pada masa dahulu, penduduk Beijing jarang menonton konsert, pengetahuan mereka tentang hal tidak banyak. Misalnya, sebelum sebuah lagu selesai dimainkan, sudah ada penonton bertepuk tangan, penonton yang datang lambat mencari tempat duduk semasa persembahan sedang diadakan. Pakar pendidikan Puan Li Ting menyatakan, ramai kawan-kawan saya juga kurang pengetahuan tentang hal tersebut dan pernah membuat kesilapan. Setelah saya memberitahu tata cara yang betul kepada mereka, mereka telah mengikutinya dengan sangat baik. Banyak kegiatan seni akan dipersembahkan semasa tempoh Sukan Olimpik Beijing, mempopularkan pengetahuan tentang perkara tersebut sangat mustahak.

Di samping meningkatkan tahap kesedaran sivik sosial, kerajaan Beijing juga aktif meningkatkan tata tertip penduduknya semasa menonton pertandingan di stadium. Ketua Pengarah Jabatan Suruhanjaya Pembangunan Etika Beijing, Zhang Huiguang menyatakan, sebagai tuan rumah, penduduk Beijing harus menyediakan suasana yang baik dalam pertandingan di stadium, tetapi penduduk Beijing harus meningkatkan tahap tata tertip mereka semasa berada di stadium. Beliau berkata, "Sempena pertandingan khususnya pertandingan antarabangsa diadakan, lagu kebangsaan akan dimainkan, tetapi ramai penonton Beijing tidak berdiri. Dalam pertandingan tenis, penonton berjalan-jalan semasa pertandingan itu belum berakhir ialah tindakan yang kurang sopan, tetapi masih terdapat ramai penonton Beijing berbuat demikian.

Dimaklumkan, selain tata susila dan tata tertip semasa berada di stadium, Beijing juga akan mengundang pegawai diplomat, wartawan dan tokoh profesional menyampaikan ceramah tentang tata susila, cara hidup serta budaya negara asing kepada penduduk Beijing.

----Andika