Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-03-25 14:29:00    
Huang Xiao Berkhidmat Sukarela Membantu Pembangunan Di Kawasan Bahagian Barat China

CRI

Kawasan bahagian barat China merupakan kawasan yang luas dan kaya dengan sumber bahan galian. Sejak pembangunan secara besar-besaran dilaksanakan di kawasan bahagian barat China pada tahun 2000, pertumbuhan ekonomi di kawasan yang mundur itu telah meningkat dengan terlalu cepat. Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, ramai sukarelawan China sedang bertugas di kawasan bahagian barat China. Kebanyakan warga China telah menumpukan perhatian terhadap pembangunan di kawasan bahagian barat China, ramai mahasiswa yang telah lulus dari universiti mengambil bahagian dalam pembangunan di kawasan bahagian barat melalui aktiviti sukarelawan yang bertema Rancangan Barat yang dilaksanakan pada bukan Jun 2003.

Wartawan telah bertemu dengan Huang Xiao di sebuah kampong Dalin di provinsi Guizhou di barat daya China. Tubuhnya tegap, air mukanya berseri-seri. Beliau sedang berbual-bual dengan seorang warga tua di kampung itu.

Huang Xiao merupakan lulusan dalam bidang kejuruteraan Genetik dari Universiti Pertanian provinsi Hunan China pada bulan Julai 2003. Beliau menolak untuk bekerja di sebuah syarikat teknologi hayat di bandar Jinan provinsi Shandong di timur China dan mengambil bahagian sebagai sukarelawan dalam program rancangan barat. Beliau telah meninggalkan bandar Changsha, tempat beliau tinggal dan belajar di sana selama lebih 20 tahun. Beliau berkata tindakan ini tidak disetujui oleh ibu saya. Saya berusaha membuat sumbangan yang besar untuk pembangunan di kawasan bahgian barat agar memperbaiki taraf hidup penduduk tempatan. Saya akan melaksanakannya sebeberapa yang boleh.

Dimaklumkan, kira-kira 20 ribu orang sukarelawan seperti Huang Xiao telah berkhidmat selama satu hingga dua tahun di kawasan bahagian barat selepas lulus dari universiti. Puluhan ribu orang sukarela purata setiap tahun akan dihantar ke kawasan bahagian barat untuk merangsang pertumbuhan keonomi, pendidikan, perubatan dan kebudayaan tempatan. Beliau berkata saya akan menyediakan kemudahan untuk penduduk tempatam. Walaupun kehidupan kami juga tidak kaya, dan hanya dapat membeli barang-barang untuk keperluan sendiri, akan tetapi, mereka hanya boleh membeli bahan makanan sahaja, tidak berkemampuan membayar kos pendidikan untuk kanak-kanak mereka sendiri.

Penduduk tempatan hanya menanam jagung, ubi kayu, kacang dan lain-lain, akan tetapi, kesan ekonominya terlalu rendah. Kamunduran dalam bidang pertanian telah menyekat pertumbuhan ekonomi tempatan.

Sekolah malam untuk kaum petani telah didirikan secara rasmi di kampong Dalin Mukim Qingshan pada bulan Mac tahun 2004. Beliau berkata mereka pada mulanya tidak berminat belajar di sekolah itu, namun kini, ramai kaum petani semakin berminat untuk mempelajari teknik pertanian moden setelah menyaksikan tayangan video tentang pengetahuan tersebut. Huang Xiao dan rakan-rakannya bukan sahaja mengajar pengetahuan teknik pertanian moden berdasarkan keadaan setempat, tetapi juga menjelaskan bahawa penyusunan semula struktur pengeluaran pertanian adalah sangat penting, serta menggalakkan mereka menanam bahan pertanian yang mempunyai kesan ekonomi yang tinggi di samping meningkatkan usaha penternakan. Pegawai kampung Encik Wang Shengli berkata mereka bukan sahaja menyediakan banyak kemudahan kepada penduduk awam, malah juga menyediakan peluang latihan untuk mereka sendiri.