Menurut berita CRI, wartawan dimaklumkan oleh Bank Rakyat China hari ini bahawa Suruhanjaya Dasar Matawang Bank Pusat China dalam sidang regular yang diadakan baru-baru ini menyatakan bank pusat China akan terus melaksanakan dasar matawang yang stabil.
Sidang tersebut menganalisis situasi ekonomi dan kewangan China pada masa ini dan berpendapat sektor kewangan China beroperasi dengan stabil, ekonomi kebangsaan China berkembang pesat, kawalan ekonomi makro mencapai kejayaan besar, akan tetapi tekanan inflasi di China tidak diatasi. Oleh itu, bank pusat China akan terus melaksanakan dasar matawang yang mantap.
|