Sejarah industri perkapalan China amat lama, Laksamana Cheng Ho China pernah tujuh kali mengetuai armada China belayar ke luar negara. Akan tetapi pada zaman moden, industri perkapalan China kurang maju. Sebelum Republik Rakyat China ditubuhkan, limbungan kapal tidak lebih 20 buah dengan jumlah pekerja dalam industri itu kurang daripada 20 ribu orang.
Dalam tempoh 55 tahun sejak Republik Rakyat China ditubuhkan, industri perkapalan China berkembang dengan pesat. Jumlah berat pengeluaran kapal meningkat daripada beberapa puluh tan kepada lebih 8 juta tan tahun ini. Pada tahun 2005, jumlah pengeluaran kapal akan mencatat 10 juta tan, kapal-kapal itu akan dieksport lebih 90 negara dan kawasan. Pengeluaran perkapalan China menduduki tempat ketiga terbanyak di dunia dalam tempoh sembilan tahun berturut-turut.
Sebelum dasar pembaharuan dan buka pintu diamalkan di China, kapal China dieksport melalui perdagangan pertukaran barang. Dalam tempoh 27 tahun iaitu pada tahun 1952 hingga 1978, sebanyak 160 ribu tan kapal buatan China telah dieksport ke luar negara. Pada bulan Disember tahun 1977, kerajaan China menetapkan keputusan bahawa kapal buatan China harus dieksport ke pasaran antarabangsa. Selepas itu, industri perkapalan China mulai berkembang dan telah memainkan peranan penting dalam industri perkapalan dunia.
Keupayaan persaingan industri perkapalan China terus meningkat dalam pasaran antarabangsa. Jumlah pengeluaran kapal di China mencatat 200 ribu tan pada tahun 1980 dengan menduduki tempat ke-17 terbanyak di dunia. Manakala pada tahun 1995, jumlah pengeluaran kapal China lebih banyak berbanding Jerman, pengeluaran itu menduduki tempat ketiga terbanyak di dunia, selepas Jepun dan Republik Korea.
Jumlah kapal buatan China yang dieksport meningkat dengan pesat. Setakat ini, jumlah kapal yang dieksport menduduki 70% ke atas jumlah pengeluaran kapal China. Kapal-kapal tersebut dieksport ke lebih 90 buah negara dan kawasan antaranya A.S., Britain, Jerman, Jepun dan negara-negara Eropah.
Perkembangan industri perkapalan China telah menjimatkan pelaburan dan kesannya nyata. Sejak melaksanakan dasar pembaharuan dan buka pintu, China mengimport lebih 50 jenis teknologi rekaan dan pengeluaran kapal dan kemudahan kegunaan kapal negara lain, setelah perusahaan dan institut penyelidikan perkapalan melakukan penyelidikan dan inovasi, keupayaan pengeluaran kapal China meningkat dengan ketara. Pada masa ini, China mampu mengeluarkan pelbagi jenis kapal yang sesuai dengan standard antarabangsa.
Pada abad baru, perkembangan industri perkapalan China memasuki peringkat baru, kecepatan perkembangannya menduduki tempat pertama di dunia. Pada tahun 2003, jumlah pengeluaran kapal mencatat 6.41 juta tan, menduduki 11.8% kuota pasaran dunia, melebihi jumlah pengeluaran kekal seluruh negara di Eropah.
Berdasarkan jangkaan pegawai Suruhanjaya Industri Sains dan Teknologi Pertahanan China, jumlah pengeluaran kapal China pada tahun ini akan melebihi 8 juta tan, menduduki 15% kuota pasaran dunia.
Inovasi sains dan teknologi mendorong perkembangan industri perkapalan China. Kejayaan yang dicapai dalam penerokaan teknologi tinggi dan kapal mewah bermanfaat bagi industri perkapalan China meneroka pasaran baru dan memperluas kuota pasaran antarabangsa; keefisienan pengeluaran kapal meningkat dengan pesat, keupayaan persaingan antarabangsa telah meningkat.
Pada masa depan, industri perkapalan China pasti akan berkembang lebih pesat.
|