Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-03-27 18:00:44    
Pemimpin Myanmar Gesa Laksanakan Rancangan Peta Garisan Demokratik

Agensi Berita Xinhua China

Menurut Agensi Berita Xinhua China, Pengerusi Jawatankuasa Keamanan dan Pembangunan Negara Myanmar Jeneral Than Shwe hari ini menyatakan bahawa tentera Myanmar dan rakyat harus mendorong pelaksanan rancangan Peta Garisan Demokratik.

Dalam upacara pemeriksaan perbarisan kehormatan angkatan tentera perayaan Hari Penubuhan Tentera Myanmar yang diadakan di Yangon hari ini, Than Shwe berkata walaupun Myanmar menghadapi pelbagai sekatan dan tekanan, akan tetapi telah mencapai perkembangan besar. Pembaharuan sistem politik Myanmar mendapat pengiktirafan pelbagai negara jirannya. Beliau menyeru pasukan tentera dan rakyat mengembangkan semangat patriotisme dan berusaha mencapai matlamat perkembangan negara.