"Saya menelefon anak saya dan bertanya bila beliau akan kembali ke kampung sebelum Tahun Baru Cina". Ramai orang pergi ke kedai Han Xiuwei, penduduk Kampung Yangyoudi, Kaunti Hengshan, Provinsi Shaanxi, bahagian barat laut China untuk menelefon.
Han Xiuwei berkata, ramai orang di kampung tersebut mempunyai telefon bimbit, tetapi signalnya kurang jelas disebabkan terdapat gunung di kawasan sekitar kampung itu. Sejak telefon tetap dipasang pada Mei tahun 2004, penduduk kampung tidak perlu berjalan kaki jauh dan agak mudah menghubungi anggota keluarga atau teman di tempat lain.
Wartawan Agensi Berita Xinhua China mendapati bahawa telefon tetap yang dipasang di kedai Han Xiuwei sebenarnya sejenis sistem penerima signal telefon tanpa talian yang disebut SCDMA yang khususnya dibina di kawasan desa. Telefon tersebut hampir sama dengan telefon biasa , tetapi ia tidak menggunakan talian dan bergantung kepada antena menerima dan menghantar signalnya. Pengguna telefon tersebut juga boleh bergerak dalam lingkungan yang tertentu. Suara perbualan lebih jelas dan gelombang signalnya stabil. Harganya sama dengan telefon biasa.
Keistimewaan SCDMA ialah kos pembinaannya murah. Kementerian Industri Teknologi Maklumat dan Telekom China menganggarkan bahawa kos purata membina satu telefon tetap di bandar mencapai 1,200 Yuan RMB, dan jika dibina di kawasan desa, telefon tetap seumpama itu berkos 13,000 Yuan RMB. Bagaimanapun, Syarikat Teknologi Komunikasi Xinwei Beijing Bhd. Berjaya mencipta sistem penerima signal telefon tanpa talian SCDMA dan mengurangkan kos puratanya ke 800 Yuan RMB sahaja. Maka kejayaan tersebut ditetapkan oleh Kementerian Industri Teknologi Maklumat dan Telekom Chia sebagai pilihan pertama untuk mempopularkan perkhidmatan telefon di setiap kampung. Sistem tersebut telah disahkan oleh kerajaan China pada 2 Februari dan mulai dikeluarkan secara besar-besaran. SCDMA berkemungkinan menjadikan China mewujudkan sasarannya iaitu menyediakan perkhidmatan telefon di setiap kampung.
Kampung Wangyoudi merupakan kampung yang paling awal menggunakan sistem SCDMA desa di China. Lokasi kampung tersebut terletak kira-kira 10 kilometer dari pusat talian telefon yang paling dekat. Jika melalui cara pembinaan yang lama iaitu membina tiang dan menggunakan talian, setiap telefon tetap memerlukan kos operasi sebanyak 1,500 Yuan RMB. Syarikat Telekomunikasi Yulin menggunakan sistem SCDMA yang lingkungan perkhidmatannya sejauh 35 hingga 50 kilometer dan meliputi 44 buah kampung di 4 pekan. Jumlah penggunanya telah mencapai lebih 110 buah dan kos operasinya hanya 750 Yuan RMB.
Selain perkhidmatan telefon, sistem tersebut juga menyediakan pelbagai perkhidmatan yang lain termasuk faks, mesej pesanan ringkas dan maklumat biaya melefon.
Pengurus Besar Syarikat Telekomunikasi Xinwei Dr.Chen Wei berkata, SCDMA mempunyai hak intelektual sendiri dan tidak perlu membayar biaya paten kepada perusahaan asing seperti sistem yang lain, maka kos pembinaan kemudahannya agak murah.
Pada 17 April 2004, jaringan telefon mulai dibina di Kampung Wangyoudi Kaunti Hengshan, dan pada 20 April, perkhidmatan telefon mulai disediakan kepada para penduduk kampung. Berbanding dengan GSM atau CDMA, SCDMA meliputi lingkungan yang radiusnya 4 kali ganda lebih panjang daripada sistem-sistem tersebut. Frekuensinya tinggi dan sesuai digunakan di kawasan desa pergunungan.
Dr.Chen Wei berkata, kerajaan China bergantung kepada sistem SCDMA desa, tidak perlu memperuntukkan dana lain, dan berkemampuan menyelesaikan tugas yang ditetapkan dalam "Rancangan Lima Tahun ke-10" iaitu menyediakan perkhidmatan telefon di semua kampung di seluruh negara yang berjumlah lebih 40 ribu buah.
----AZMI
|