Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-03-28 15:10:19    
Kerajaan Bandar Shanghai Menggubal Dasar Belanjawan yang Mengutamakan Jaminan Sosial

Agensi Berita Xinhua China

Pada 2 Februari, Datuk Bandar Shanghai China Encik Han Zheng memaklumkan bahawa sebanyak 70% pertambahan belanjawan jaminan sosial akan digunakan untuk memperbaiki kehidupan rakyat.

Dalam sidang kerja kewangan dan percukaian kerajaan Shanghai yang baru diadakan, Encik Han Zheng menyatakan bahawa kerajaan Shanghai akan melaksanakan tindakan praktikal sewaktu menangani masalah jaminan sosial.

Pada tahun 2005, Shanghai akan menyusun semula pembentukan belanjawan dan meningkatkan peruntukan terhadap pelbagai aspek termasuk menyediakan peluang kerja serta perkhidmatan komuniti dan mengambil berat pendidikan sains. Sebanyak 70% pertambahan belanjawan terutamanya digunakan untuk pembangunan kawasan di pinggir bandar dan kawasan desa dan menyempurnakan sistem jaminan sosial.

Pada tahun 2004, perbelanjaan kewangan Shanghai berjumlah 139.57 bilion Yuan RMB iaitu meningkat 26.6% berbanding tempoh yang sama tahun 2003; Pada tahun 2005, belanjawan kewangan Shanghai berjumlah 153.19 bilion Yuan RMB iaitu meningkat 9.8% berbanding tahun 2004.

Dimaklumkan bahawa belanjawan bandar Shanghai 2005 akan memberi keutamaan kepada 4 aspek dalam usaha memperbaiki jaminan sosial:

Pertama, menggalakkan penyelarasan dalam perkembangan antara kawasan pinggir bandar dengan pusat bandar dan menyokong pembangunan pekan, melaksanakan pembangunan "Satu Bandar Sembilan Pekan", membina kawasan perumahan secara besar-besaran yang berhampiran projek utama, dan memindahkan sejumlah penduduk daripada pusat bandar ke luar bandar. Serentak menjamin keadilan masyarakat dalam belanjawan, memperbaiki jaminan sosial kaum petani tanpa tanah pertanian.

Kedua, melaksanakan "Projek Tindakan Praktikal Kerajaan" 2005, giat menyediakan peluang kerja dan menggalakkan sektor swasta berurusniaga, terus menyempurnakan sistem jaminan sosial dan meningkatkan kerjasama perubatan di kawasan desa.

Ketiga, mendorong pembangunan komuniti dan menyempurnakan perkhidmatan komuniti.

Dan keempat, meningkatkan kualiti ekologi alam sekitar di Shanghai, terus mendorong pelaksanaan "Rancangan Perlindungan Alam Sekitar 3 Tahun", mengambil berat pengurusan air khususnya menyokong pembinaan jaringan saluran mengalirkan air kumbahan di kawasan pinggiran bandar.

Ketua Pengarah Biro Kewangan Bandar Shanghai Liu Hongwei berkata, dasar kewangan dan percukaian Shanghai mengambil berat kepentingan rakyat dan mencerminkan keadilan masyarakat.

----AZMI