Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-03-28 15:19:59    
Taraf Kesihatan Kanak-kanak China Hampir Capai Standard WHO

CRI

Berdasarkan hasil penyelidikan terhadap taraf kesihatan kanak-kanak yang berumur 6 tahun ke bawah di 10 bandar di China yang diumumkan baru-baru ini, taraf kesihatan kanak-kanak di bandar China telah hampir mencapai standard WHO, akan tetapi masalah kekurangan makanan berzat tetap wujud di China. Pegawai yang menyertai penyelidikan itu mencadangkan, kerja untuk memberi makanan berzat kepada kanak-kanak di China harus dilaksanakan dengan sokongan kerajaan, bimbingan pasaran dan pendidikan kepada penduduk awam.

Untuk mengetahui keadaan kanak-kanak makan makanan berzat di bandar, pada bulan Mei tahun 2003 hingga bulan September tahun 2004, Pejabat Suruhanjaya Kerja Wanita dan Kanak-kanak Dewan Negara China dan Pusat Kanak-kanak China bersama-sama melakukan penyelidikan terhadap taraf kesihatan kanak-kanak di 10 bandar utama di China.

Kandungan penyelidikan kali ini meliputi keadaan kesihatan kanak-kanak dan penjaganya, bahan makanan tambahan bayi, keadaan badan kanak-kanak serta taraf unsur surih seperti tembaga, besi, kalsium, zink dan lain-lain. Penyelidikan dilakukan di 10 bandar di China iaitu Beijing, Shanghai, Chongqing dan lain-lain. Bandar tersebut merupakan bandar besar di China dan mewakili keadaan di kawasan tempatan.

Ketua Pengarah Pusat Kanak-kanak China yang menganjurkan penyelidikan kali ini Puan Zhao Shunyi mengumumkan hasil penyelidikan tersebut. Beliau berkata,

"Berdasarkan hasil penyelidikan, keadaan kesihatan kanak-kanak yang berumur 6 tahun ke bawah di bandar agak baik, mencapai standard WHO. Akan tetapi perbezaan keadaan pemakanan tetap wujud, ada yang kekurangan zat, ada yang terlebih zat. Kadar kanak-kanak yang mengidap penyakit kerana kekurangan zat mencatat 10.6%, serentak itu 5.95% kanak-kanak bermasalah terlebih zat."

Menurut maklumat Puan Zhao Shunyi, ahli keluarga yang mengambil bahagian dalam penyelidikan kali ini, kebanyakan ibubapa mereka berpendapatan tinggi dan mempu memenuhi permintaan membeli makanan berzat kanak-kanak. Akan tetapi, pendapatan keluarga mempengaruhi taraf kesihatan kanak-kanak, kadar kanak-kanak yang mengidap penyakit yang bekurangan zat dan pertumbuhan lambat lebih rendah dalam keluarga yang pendapatannya lebih tinggi. Berdasarkan penyelidikan tersebut, masalah tetap wujud bagi penjaga bayi semasa menyediakan bahan makanan kepada bayi di bandar, misalnya bahan makanan tambahan yang disediakan kepada bayi terlalu awal atau terlalu lewat, sehingga bayi tersebut bekurangan unsur surih seperti tembaga, besi, kalsium, zink dan lain-lain.

Pakar-pakar yang bertangungjawab terhadap penyelidikan itu menyatakan, menyediakan bahan makanan yang berzat kepada kanak-kanak mempengaruhi kualiti kehidupan setelah kanak-kanak tersebut tumbuh membesar. Merekan mencadangkan kerajaan meningkatkan pimpinan makro, pelbagai lapisan masyarakat berusaha bersama, menyelesaikan masalah yang ditemui dalam penyelidikan itu untuk meningkatkan taraf kesihatan kanak-kanak. Puan Zhao Shunyi menyatakan,

"Berdasarkan maklumat yang diperoleh dalam penyelidikan kali ini, kami mencadangkan kerajaan meningkatkan pimpinan makro, menetapkan dasar dan peraturan undang-undang, menjamin bekalan bahan makanan yang berzat dan kesihatan kanak-kanak; membentuk sistem jaminan bekalan makanan yang berzat kepada kanak-kanak dalam keluarga yang miskin; menjalankan pemantauan menurut jadual terhadap kesihatan kanak-kanak."

----Ching