Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-03-28 16:08:22    
Pulau Chong Ming-Taman Laut China

Agensi Berita China
Pada lebih setengah tahun yang lalu, Ketika Presiden China, Hu Jintao meninjau bandar Shanghai, beliau bercakap melawat Pulau Chong Ming, pulau ke-3terbesar di China. Sebenarnya pada 2 tahun yang lalu, kerajaan Shanghai telah mengemukakan cadangan untuk membangunkan pulau Chong Ming sebagai taman laut. Setiausaha Jawatankuasa Kaunti Chong Ming Parti Komunis China, encik Gong Deqing baru-baru ini ketika diwawancara oleh wartawan menyatakan taman laut itu telah dibangunkan pada peringkat awal.

Pada 28 Disember 2004, projek jambatan Sungai Yangtze Shanghai telah mulai dibina, jumlah peruntukannya kira-kira 12.3 bilion yuan RMB, tempoh pembinaannya 5 tahun, ia merupakan salah satu projek penting negara China. Serentak itu, Shanghai mengumumkan pembangunan pulau Chongming dilaksanakan secara rasmi.

Encik Gong Deqing berkata kepada wartawan, "projek jambatan tersebut menandakan pulau Chong Ming tidak akan kekal sebagai pulau terpencil lagi."

Gong Deqing memaklumkan bahawa berdasarkan perancangan, projek itu akan mendorong pembangunan pulau Changxing dan Hengsha di sekitar pulau Chongming.

Ramai orang Shanghai melawat pulau Chongming yang sama seperti taman di sana langit biru, airnya jernih dan udaranya pula segar, pulau Chongming memang sebuah pulau biologi pertanian.

Gong Deqing telah memaklumkan pelbagai projek pelindungan biologi yang telah dilaksanakan di pulau itu, misalnya melindungi kawasan paya yang merupakan kawasan paling penting bagi memelihara habitat burung berhijrah dari Asia Tenggara; selain menjamin tanah pertanian yang cukup, meluaskan kawasan penanaman pokok; membina sebuah pusat peluasan sampah sarap di pulau itu dan lain-lain. Pulau Chongming juga sedang melaksanakan dua projek pelindungan biologi peringkat antarabangsa, pertama untuk memelihara tanah pertanian agar tidak dicemari oleh racun kimia dan kedua membersihkan lebih 10 ribu batang sungai di pulau itu.

Gong Deqing mendedahkan, menjelang tahun 2010, "kaunti biologi" pertama di Tanah Besar China akan dibina di pulau Chongming, reka bentuk pembinaannya tidak akan mencontohi taman biologi negara barat tetapi akan menonjolkan keunikan pulau China. Dijangka pada tahun 2020, "taman pulau" itu akan selesai dibina di pulau Chongming.