Menurut berita CRI, Perdana Menteri China Wen Jiaobao hari ini di Beijing menyatakan, China akan meningkatkan daya cipta sains dan teknologi sebagai strategi pembangunan negara, dasar itu akan dilaksanakan dalam pelbagai bidang dalam usaha pembangunan modenisasi negara, kerajaan akan berusaha membangunkan China sebagai negara berinovatif antarabangsa.
Dalam majlis penganugerahan hadiah sains dan teknologi China 2004 yang diadakan hari ini, Wen Jiabao menegaskan, sains dan teknologi menjadi penggerak yang meningkatkan daya saing negara, China akan belajar kemajuan sains dan teknologi negara maju yang mempunyai daya cipta yang tinggi, serta meningkatkan daya saing China melalui hak harta intelektual negara sendiri.
|